Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter10 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
n/a
Title:
Pemulangan orang-orang Bernam dan perlindungan perairan negeri Kedah dari rompakan
Keywords: Bernam, tawanan, rompak, 5 Jamadil Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/3, f.51 (Image: RECTO_03_052),
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang telah masyhur perintah keraja kebajikan kemudian dari itu barang tahu sahabat beta maka adalah surat sahabat beta dibawa Syahbandar dan Saudagar Raja itu telah sampailah pada beta maka segala tersebut dalamnya itu fahamlah beta akan perintah orang Selangor memberi surat akan beta kata sahabat beta suruh beta fikirkan baik2 itu sebenar2lah kata sahabat beta itu tetapi perintah itu bukannya kehendak daripada beta sebab pun tiada beta pulangkan orang Bernam itu kerana bukannya tawanan orang Selangor maka itulah segala perintah asal orang Bernam itu beta suratkan beri pergi pada sahabat beta boleh sahabat beta tahu perintah orang Bernam itu maka perintah demikian ini pada adat Melayu tiadalah tempat fikir pada beta kerana dahulu pun orang itu pergi dengan kesukaan dirinya bukan dengan gagah maka sekarang ia mari itu pun dengan kesukaan dirinya juga tiada siapa gagahi maka segala perintah ini beta hendak beri pergi dahulu pada sahabat beta khabar orang sahabat beta sakit dengan sebab itulah tiada beta beri pergi pada sahabat beta kerana di dalam hati beta jika sahabat beta mari berjumpa dengan beta2 hendak khabarkan pada sahabat beta segala perintah itu maka inilah beta beri pergi surat nyatakan pada sahabat beta khabar sedikit dahulu maka surat sahabat beta beri mari itu tiada khusus sesuatu bicara maka itulah segala perintah itu beta nyatakan pada sahabat beta boleh sahabat beta beri mari balas dengan khusus kerana beta dengan sahabat beta berkasih kasihan suatu bicara dan maka akan perintah laut itu pinta sahabat beta suruh jaga baik2 jangan boleh orang jahat rompak samun segala orang jajahan negeri ini maka adat orang putih itu sesungguhnya tiada beta ketahui maka itulah segala perintah itu beta nyatakan pada sahabat beta tanda kasih putih hati beta barang yang tiada suka pada sahabat beta itu pun sahabat beta nyatakan mari dengan putih hati sahabat beta jangan sahabat beta lindungkan daripada kecil besarnya boleh beta bicarakan inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat lima haribulan Jamadil Awal tamat


Malay Description:

Surat daripada Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa baginda telah menerima surat daripada Light yang dibawa oleh Syahbandar dan Saudagar Raja. Sultan Abdullah memaklumkan bahawa baginda telah menerima surat dari orang Selangor dan Light memohon agar baginda berfikir baik-baik tentang perkara itu. Namun begitu, Sultan Abdullah menegaskan tidak akan memulangkan orang-orang Bernam itu kerana mereka bukannya orang tawanan. Orang-orang Bernam ini berpindah dengan kerelaan hati mereka dan bukan secara paksaan. Perkara ini tidak dimaklumkan lebih awal menerusi surat kepada Light kerana Sultan Abdullah mendapat tahu bahawa Light berada dalam keadaan kurang sihat. Sultan Abdullah juga mengingatkan agar Light menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kawasan perairan Kedah dan tidak membenarkan rompakan berlaku di lautan negeri Kedah. Sekiranya terdapat perkara yang tidak disukai oleh Light, janganlah disembunyikan dan hendaklah dibawa berbincang. Surat ini telah ditulis pada 5 Jamadil Awal.


Summary:

A letter from Sultan Abdullah, informing that he had received Light`s letter through Syahbandar and Saudagar Raja. The Sultan had informed that he had received a letter from Selangor and had been warned by Light to ponder upon the matter relating to the `Bernam` people of Selangor, carefully. According to the Sultan, the `Bernam` people were not captive and he would not return them. They had come willingly and had not been forced to come to Kedah. Light was not notified earlier, as he was unwell. The Sultan reminded Light of his responsibility to oversee the safety of the Kedah water and to ensure that there would be no robbery in the territory. Should there be anything that Light had not been happy with, he should not conceal it but instead, should bring it up for discussion. The letter was written on the 5th of Jamadil Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services