Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter8 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
n/a
Title:
Tuduhan percubaan Sultan Abdullah menghantar seseorang untuk membunuh Light
Keywords: Fitnah, orang jahat, tikam, 29 Syaaban,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/3, f.49,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif memerintahkan segala pekerjaan telah masyhur pada segala negeri ahwal adalah pada sembilan likur haribulan Syaaban ini sampai Cik Long Ismail mari nyatakan pada beta kata sahabat beta boleh khabar beta konon suruh Cik Long Ismail pergi ke Pulau Pinang itu buat keraja salah hendak tikam sahabat beta maka perintah itu tiada pernah datang ingatan pada hati beta sebab tiada apa jalannya akan tempat Pulau Pinang itu pun sahabat beta pinta dengan suruh Jenderal Benggala sekadar tempat singgah baiki kapal perang dengan suka hati maka beta pun berikan dengan putih hati beta hendakkan kebajikan antara sahabat beta dan beta juga maka tiadalah tempat yang patut datang keraja yang demikian itu maka itulah beta suruh anak beta itu Cik Awi pergi kepada sahabat beta2 pinta sahabat beta nyatakan orang yang membawa khabar itu pada sahabat beta boleh nyata betul benar beta atas sahabat beta kerana keraja jahat itu tiada boleh beta dan sahabat beta diamkan orang jahat itu sesungguhnya khabar itu sahabat beta tiada pakai tetapi didengar oleh segala dagang masyhurlah khabar itu pada segala negeri jadi lata nama beta tambahan sampai khabar itu pada Jenderal Benggala bertambah2 jahat dan malu beta inilah sangat beta pinta sahabat beta halusi periksa timbulkan orang yang membuat tutur kata yang tiada sebenarnya boleh dihukumkan menurut adat orang putih dan adat Melayu jangan jadi biasa hari kehadapan orang pergi perbuat fitnah berbagai2 tutur kata itulah beta hendak berjumpa dengan sahabat beta barang seketika hendak selesaikan segala tutur kata itu ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat sembilan likur haribulan Syaaban tamat al-kalam


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light yang meminta disiasat fitnah yang disampaikan kepadanya oleh Cik Long Ismail pada 29 Syaaban, kononnya Cik Long Ismail dihantar oleh Sultan Abdullah pergi ke Pulau Pinang untuk membunuh Light. Tiada sebab bagi Sultan Abdullah untuk berbuat demikian. Bahkan, Pulau Pinang itu merupakan tempat yang diminta oleh Light dengan arahan daripada Jenderal di Benggala untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat persinggahan membaiki kapal perang. Justeru, Sultan Abdullah membenarkan Pulau Pinang digunakan seperti tujuan tersebut agar wujud hubungan baik antara Light dengan Sultan Abdullah. Oleh yang demikian, Sultan Abdullah menyuruh anaknya iaitu Cik Awi untuk pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan Light bagi menerangkan keadaan sebenar dan mengelakkan fitnah ini daripada terus diperbesarkan ke seluruh negeri sehingga menjatuhkan nama baik Sultan Abdullah. Sultan Abdullah meminta agar orang yang membuat fitnah itu diadili dan dihukum menurut undang-undang orang putih dan adat Melayu. Sultan Abdullah juga menyatakan ingin bertemu sendiri dengan Light untuk menyelesaikan perkara ini. Surat ini telah ditulis pada 29 Syaaban.


Summary:

Sultan Abdullah had asked for an investigation on a slander against him acusing that he had sent Cik Long Ismail to Pulau Pinang to kill Light. There was no reason for the Sultan to commit such act. It was in fact Light had requested for the island as directed by the Governor-General of Bengal to set up a transit for repair work on the war ships. The Sultan had allowed that the island be used for such purpose to nurture a close tie between him and Light. Sultan Abdullah had requested his son Cik Awi to meet Light in Pulau Pinang to explain the real truth and to avoid further spread of the slander to the rest of the country, and tarnishing the reputation of the Sultan. The Sultan requested the slanderer to be judged by the British Law and the Malay customs. The Sultan himself expressed his desire to meet Light to resolve the matter. The letter was written on 29th of Syaaban.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services