Details
|
|
|
|
Transliteration:
Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Paduka Seri Sultan Abdullah mamlakat di negeri Kedah sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana kemudian dari itu barang tahu sahabat beta maka adalah surat daripada orang Awak Raja Tawi dan Raja Marit junjung titah Raja Maha Besar benua Awak beri mari kepada Laksamana tersebut dalam surat itu sudah bersiap perahu kelengkapan angkatan hendak mari melanggar Siam Salang disuruhnya Laksamana maklumkan pada beta surat itu jadi beratlah kerja itu maka ada pula khabar di luar surat itu banyak perkataan yang berat2 bunyi khabarnya maka inilah beta beri Syahbandar Seri Lela Pahlawan pergi sambut sahabat beta mari hendak muafakat bicarakan surat2 ini balas suratnya diberi Malim Jauzi itu berlayar segera boleh beta berkata2 sendiri dengan sahabat beta jika sudah sahabat beta mari pada beta ini maka jadi kesukaanlah pada hati beta ini maka dengan bersurat2 pergi mari itu tiadalah memadai hendak keluarkan kata2 yang baik itu diketahui orang banyak yang baik itu pun jadi kejahatan perintah kerja itu tambahan beta pun menaruh rindu akan sahabat beta lama sudah tiada sahabat beta mari kepada beta ini perbuat surat hari Sabtu tiga belas haribulan Safar tamat al-kalam
Malay Description:
Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan kepada Light berkenaan penghantaran surat daripada orang Burma, Raja Tawi dan Raja Marit kepada Laksamana bahawa mereka sudah bersedia untuk berperang dengan Siam Salang. Justeru, baginda menghantar Syahbandar Seri Lela Pahlawan untuk berbincang tentang surat yang diterimanya itu. Adalah lebih baik sekiranya Light sendiri boleh hadir untuk berbincang dengan Sultan Abdullah. Surat telah ditulis pada hari Sabtu, 13 Safar.
Summary:
A letter from the Sultan to Francis Light informing about the news regarding Ava`s Kingdom, Raja Tawi`s and Raja Marit`s readiness to go on war against Siam Salang. Thus, he had sent Syahbandar Seri Lela Pahlawan to discuss the matter. In actual fact, the Sultan would have preferred to have the discussion with Light personally. This letter was written on Saturday, 13th of Safar.
|
|
Terms and Conditions |
|
|
|
|