Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter3 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
n/a
Title:
Penggunaan mata wang dan pembelian beras
Keywords: Kenderi, meriam, opium, 16 Rejab,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/3, f.29,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gunador Pulau Pinang maka adalah surat dan opiun dua puluh peti dan meriam besi kecil sepasang dan macam pitis tembaga tiga jenis sahabat beta beri mari pada anak beta itu Cik Awi sudahlah sampai kepada beta maka akan pesan sahabat beta kepada anak beta itu seperti gebala lembu yang tahu buat minyak sapi lembu dan (kaf-wau-sin) dan perahu muatan dua koyan sebuah itu pun sudah sampai kepada beta maka akan (kaf-wau-sin) itu dalam beta suruh buat pekakas pakaiannya dan gebala lembu yang tahu buat minyak sapi itu tiada di sinun jika hendak jadi guna buat ubat hingga dibawa orang kapal dari negeri Keling maka boleh minyak sapi itu maka akan fasal pitis itu sudah beta bicara jadi banyak susah kerana orang utan padang sudah biasa dengan kupang kenderi dan tera timah jika diubah tiada tahu mereka itu berkira tambahan kupang kenderi dan tera timah itu bekas mata paduka marhum perintahkan sudah tetap kemudahan berkira2 isyi negeri ini dengan hal itulah tiada beta ambil pitis itu dan akan perahu sahabat beta minta sebuah itu perahunya ada sudah tuha sedikit maka perahu yang baru tiada habis dibawa Laksamana maka perahu yang ada ini boleh sahabat beta suruh mari lihat jika jadi guna boleh beta suruh hantar pergi kepada sahabat beta dan akan beras sahabat beta minta beli jadi belanja sahabat beta itu dalam beta suruh beli apabila sudah terhimpun beras itu beta beri surat nyatakan sahabat beta maka adalah fasal beras ini beta nyatakan kepada sahabat beta selamanya beta tegah larang orang bawa keluar beras itu pada ketika banyak jadi padi bendang beta lepas juga sedikit2 beras itu beta ambil cukainya jadi belanja maka selama sahabat beta duduk di Pulau Pinang banyak orang bermuat beras padi bawa keluar katanya hendak bawa pergi ke Pulau Pinang sudah lepas kuala ke mana2 dibawanya pergi tiada berketahuan maka perintah itu sudah beta ketahui itulah beta kira kehadapan ini jika sahabat beta berkehendak beras padi atau lainnya sahabat beta beri mari surat kepada beta boleh beta suruh beli hantar pergi kepada sahabat beta maka janganlah sahabat beta beri surat pada tempat yang lain minta beras padi atau lainnya inilah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat pada enam belas haribulan Rejab hari Jumaat tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa baginda telah menerima kiriman daripada Light iaitu sepucuk surat, dua puluh peti opium, sepasang meriam besi kecil, tiga jenis duit tembaga yang dikirim melalui anak baginda iaitu Cik Awi. Baginda juga turut memaklumkan telah menerima pesanan daripada Light iaitu gembala lembu yang tahu tentang cara membuat minyak sapi lembu dan sebuah perahu yang boleh membawa muatan dua koyan. Sultan Abdullah turut memaklumkan berkenaan kesukaran untuk mengubah mata wang kerana rakyat sudah biasa menggunakan kupang kenderi dan tera timah semenjak pemerintahan ayahanda Sultan Abdullah lagi. Berkaitan beras yang dikirim oleh Light, Sultan Abdullah akan memaklumkan kepada Light sekiranya beras sudah cukup dikumpulkan untuk dihantar ke Pulau Pinang. Sebelum ini, terdapat beras yang dibawa keluar dari Kedah yang dikatakan untuk dihantar ke Pulau Pinang, namun sebenarnya beras itu tidak diketahui tempat penghantarannya. Justeru, Sultan Abdullah memaklumkan kepada Light, sekiranya ingin membeli beras, surat tersebut hendaklah dihantar terus kepada Sultan Abdullah dan tidak kepada pihak-pihak yang lain. Surat telah tamat ditulis pada 16 Rejab, hari Jumaat.


Summary:

A letter sent to acknowledge that Sultan Abdullah had received Light`s letter, twenty carts of opium, a pair of small cannons and three types of copper syillings which were delivered through his son, Cik Awi. He also informed that he had received the message from Light regarding the shepherd who was able to make ghee and aslo about the boat that can accommodate 2 koyan of laden. The Sultan also anticipated the problems that would arise if the currency was changed, as the people were already accustomed to the use of `kupang kenderi` (a unit for measuring gold) and the tin seal/stamp which had been used eversince the reign of the Sultan`s father. In relation to the supply of rice, he would inform Light once the collection is enough to be sent to Pulau Pinang. He requested Light to issue a letter so as to ensure that rice will not be easily taken out of Kuala Kedah without being taxed. This letter was written on Friday, 16th of Rejab.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services