Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter144 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
16.6 x 19 cm
Title:
Perbezaan daftar dagangan berkenaan 20 peti opium
Keywords: Berselisih, daftar, opiun, 6 Zulhijah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/11, f.158,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 kemudian daripada itu ahwal akan surat serta daftar sahabat beta beri mari dibawa mata mata Nakhoda Sibu itu sampailah pada beta maka tersebut di dalam surat sahabat beta suruh berbanding daftar ini dengan daftar sinun maka beta suruh banding sudah berbetulan hingga pada fasal opiun dua puluh peti itu sahaja ada berselisih itulah beta suruh Setia Raja dan mata mata Nakhoda Sibu pergi nyatakan pada sahabat beta perintah opiun itu apabila sudah tentu sahabat beta beri balik mata mata Nakhoda Sibu itu segera boleh beta beri pergi meteri seperti surat sahabat beta beri mari dahulu itu ahwal itulah beta nyatakan pergi surat enam haribulan Zulhijah tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan penerimaan surat serta buku daftar Light yang dibawa oleh mata-mata Nakhoda Sibu kepada baginda. Surat tersebut meminta agar daftar tersebut dibandingkan dengan daftar yang ada pada baginda. Apabila dibuat perbandingan, terdapat sedikit perbezaan iaitu berkaitan 20 peti opium. Baginda telah menyuruh Setia Raja dan mata-mata Nakhoda Sibu untuk pergi bertemu Light berbincang berkenaan opium tersebut. Apabila telah selesai, baginda meminta agar mata-mata Nakhoda Sibu itu dapat pulang dengan segera. Surat ini telah ditulis pada 6 Zulhijah.


Summary:

The Sultan had asked the registers from Light be compared with the one with him. This was brought from Light by Nakhoda Sibu. When the comparison was made, there was a discrepancy of 20 boxes of opium. The Sultan then instructed Setia Raja and Nakhoda Sibu to meet Light to discuss on the matter. This letter was written on 6th Zulhijjah.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services