Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter143 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
21 x 21.6 cm
Title:
Perbezaan ambilan bayaran antara Saudagar Raja dan Scott: Setia Raja dihantar untuk selesai
Keywords: Berbanding, berselisih, daftar, 4 Zulhijah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/11, f.155,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 kemudian daripada itu ahwal ambilan bayaran Saudagar Raja pada Kapitan Uskat itu kata ada berselisih maka sudah beta suruh Setia Raja bawa daftar itu pergi berbanding dengan daftar kapitan Uskat kira2 beri tentu pada masa Setia Raja pergi ke Pulau Pinang sudah Kapitan Uskat pergi ke Acheh maka sahabat beta beri mari surat apabila sampai Kapitan Uskat pulang dari Acheh suruh Setia Raja pergi hendak tolong berkira2 beri tentu maka inilah beta suruh Setia Raja bawa daftar itu pergi pada sahabat beta pinta dengan penolong sahabat beta suruh Kapitan Uskat berkira2 beri tentu maka Setia Raja pun sahabat beta beri balik segera kerana banyak keraja beta hendak suruh Setia Raja itu pergi surat hari Selasa empat haribulan Zulhijah tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan perbezaan ambilan bayaran Saudagar Raja daripada Kapten Scott. Baginda telah meminta Setia Raja untuk membawa buku daftar untuk dibandingkan dengan buku daftar Kapten Scott. Kapten Scott telah pergi ke Acheh apabila Setia Raja tiba di Pulau Pinang. Maka Light hendaklah memaklumkan menerusi surat apabila Kapten Scott pulang dari Acheh supaya Setia Raja boleh pergi untuk bertemu Kapten Scott. Baginda menyuruh Setia Raja untuk pergi membawa buku daftar itu kepada Light. Baginda juga menyuruh Light agar dapat menyuruh Kapten Scott berbincang dengan Setia Raja. Light diminta untuk membenarkan Setia Raja pulang segera kerana banyak tugasan yang baginda hendak berikan kepada Setia Raja. Surat ini ditulis pada hari Selasa, 4 Zulhijah.


Summary:

Sultan Abdullah expressed his concern in the discrepancy on payments to the Saudagar Raja from Captain Scott. The Sultan had asked Setia Raja to bring the register to compare with that of Scott`s. The Sultan had also asked Light to convene a discussion between Scott and Setia Raja. This letter was written on Tuesday, 4th Zulhijah.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services