Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter142 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
27.5 x 23.8 cm
Title:
Sultan Abdullah minta Light bertindak ke atas perampas perahu dagang
Keywords: Lari, mati, rampas, 12 Jamadil Awal 1206 tahun2 alif, Sabtu, 7 January 1792,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/11, f.11,
Year:
1792
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang baik budi bahasa kepada pihak bersahabat senantiasa kemudian dari itu barang tahu sahabat beta akan surat kertas daripada sahabat beta menyatakan adalah orang Cina duduk di Pulau Pinang enam orang suatu perahu membawa dagangan serba sedikit hendak mari ke bandar beta ini maka sampai ke Pulau Sayak berjumpa dengan perahu orang payar rampas ambil segala artanya orang Cina itu mati seorang lima orang lepas lari ke Pulau Pinang maka yang demikian itu nyatalah sahabat beta tulus ikhlas putih hati kasih akan beta ini pada jalan kejahatan hendak beri jadi kebajikan kesukaan sangatlah beta muafakat suruh periksa Laksamana maka kata Laksamana tiada siapa2 disuruh payar kerana perahu jaga2 sahabat beta sudah ada perintah di laut itu maka sudah beta suruh Laksamana periksa siasat cahari orang jahat itu beri timbul jangan jadi tega dan perintah samun rompak itu sahabat beta pun tolong cahari periksa kakap lihat beri timbul dihukumkan orang jahat2 di laut ini maka ada teman beta bawa timah keluar dari Kuala Muda suatu sampan itu pun dirampasnya ambil timah beta itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta kerana sahabat beta pun sudah putih hati mari pada beta diperbuat surat pada hari Sabtu dua belas haribulan Jamadil Awal pada sanah 1206 tahun2 Alif tamat al-kalam


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat Light yang menyatakan terdapatnya 6 orang Cina yang tinggal di Pulau Pinang bersama sebuah perahu serta barang dagangan menuju ke bandar baginda. Ketika sampai di Pulau Sayak, perahu mereka telah dirampas bersama hartanya dan seorang telah mati, manakala 5 orang lagi telah terlepas melarikan diri ke Pulau Pinang. Baginda telah memerintahkan Laksamana menyiasat perkara ini. Menurut Laksamana, tiada siapa pun yang diperintahkan untuk melakukan jenayah itu dan perahu Jaga-jaga daripada Light juga sudah menjaga kawasan lautan. Baginda telah memerintahkan Laksamana mencari dan menangkap penjenayah tersebut. Baginda turut meminta Light untuk memeriksa dan meronda agar dapat ditangkap dan dihukum penjenayah yang melakukan jenayah di lautan. Terdapat juga kes teman baginda yang membawa timah keluar dari Kuala Muda tetapi telah dirampas sampan dan timahnya. Surat ini telah ditulis pada hari Sabtu, 12 Jamadil Awal 1206, tahun-tahun Alif.


Summary:

The Sultan expressed his concern over the robbing of a perahu carrying merchandise near Pulau Sayak. The Sultan then instructed his Laksamana to investigate. The Sultan had also instructed Light to investigate and patrol the surrounding waters with the hope that the pirate would be arrested and prosecuted. There was also the case of the robbing of perahu and tin from Kuala Muda. This letter was written on Saturday, 12th Jamadil Awal 1206.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services