Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter141 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
24.2 x 20.8 cm
Title:
Light minta keris sebagai hadiah, sementara Sultan Abdullah tunggu surat balasan dari Gabenor Jeneral
Keywords: Belanja, keris, kesukaran, 6 Jamadil Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/10, f.70,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal adalah sahabat beta minta keris hendak beri pergi akan Jenderal di Benggala maka itulah kerisnya beta suruh buat pekakasnya dengan emas beta beri pergi pada anak beta itu Cik Awi minta sahabat beta terima ambil keris itu bermula akan surat beta beri pada sahabat beta dahulu minta sampaikan pada Jenderal di Benggala kemudian satu pula surat beta beri pada sahabat beta pada masa beta duduk di Pulau Dudur minta sampaikan pada Jenderal di Benggala juga maka khabar surat2 itu tiada apa satu sahabat beta nyatakan mari kepada beta yang tentu seperti pinta beta maka segala hal beta sekaliannya itu sudah beta nyatakan kepada sahabat beta maka kata sahabat beta hendak mari boleh beta berjumpa dengan sahabat beta muafakat dibicarakan pada segala hal beta maka ini dengan sebab ada hal sahabat beta tiada boleh mari jadi susah hati beta kerana kekurangan belanja belanja dengan sebab banyak jenis kehendak Syiam tiada berputus beta duduk belanjakan tambahan belanja budak2 beta di dalam kampung beta sehari2 ini itu pun sangat kesukaran maka segala hal inilah beta suruh anak beta itu Cik Awi bawa surat beta ini pergi kepada sahabat beta boleh sahabat beta bicarakan segala hal beta ini buat surat sahabat beta beri mari pada anak beta itu boleh sampai kepada beta ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat enam haribulan Jamadil Awal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan permintaan keris daripada Light untuk diberi kepada Gabenor Jeneral di Benggala. Baginda telah meminta diberikan keris yang diperbuat daripada emas itu kepada anakanda baginda Cik Awi untuk diberikan kepada Light. Baginda turut bertanya kepada Light berkenaan sepucuk surat baginda yang diberi kepada Light untuk disampaikan kepada Gabenor Jeneral di Benggala, dan juga dengan sepucuk lagi surat yang dikirim oleh baginda kepada Gabenor Jeneral di Benggala ketika baginda berada di Pulau Dudur. Baginda tidak menerima sebarang balasan surat-surat tersebut. Light juga berjanji hendak datang mengadap baginda, tetapi tidak boleh hadir. Baginda sedang dalam keadaan kekurangan perbelanjaan kerana terlalu banyak permintaan oleh Raja Siam. Maka baginda memerintahkan anakanda baginda Cik Awi untuk membawa surat baginda ini untuk dihantar kepada Light. Light diminta membalas surat dan dikirim kepada anakanda baginda untuk disampaikan kepada baginda. Surat ini telah ditulis pada 6 Jamadil Awal.


Summary:

The Sultan expressed his concern if not getting replies from Light. He asked Light about two letters sent through Light to the Governor-General of Bengal. Light also had promised to see the Sultan but did not appear. Since the Sultan was facing with the problem of shortage of resources due to the requests by the Siamese King, he subsequenty instructed his son Cik Awi to deliver his letter to Light. This letter was written on 6th Jamadil Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services