Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter71 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.9 x 21 cm
Title:
Makluman penghantaran 5 koyan beras kepada Light
Keywords: Beras, hantar, himpun, 29 Rejab,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.26,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat kasih sayang tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang maka adalah beras beta beri pergi kepada Cik Long Ismail lima koyan minta sahabat beta suruh terima ambil beras lima koyan itu bubuh daftar beri mari kepada beta maka beras yang lagi itu dalam beta suruh himpun barang terhimpun beta suruh hantar pergi tiada berputusan cukupkan seperti surat sahabat beta inilah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat ini sembilan likur haribulan Rejab hari Khamis tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan 5 koyan beras yang diberikan oleh baginda kepada Cik Long Ismail untuk disampaikan kepada Light. Baki beras yang lain itu sedang dikumpulkan dan akan dihantar apabila sudah cukup. Surat ini ditulis pada 29 Rejab, hari Khamis.


Summary:

This letter from Sultan Abdullah to Francis Light was about the 5 koyan of rice that was given by the Sultan to Cik Long Ismail to be sent to Light. The balance of the rice was collected and sent, once it was enough. This letter was written on 29th Rejab, on Thursday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services