Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter70 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.3 x 21 cm
Title:
Sultan Abdullah mohon beli senjata dari Light sebagai memenuhi permintaan Raja Siam
Keywords: Meriam, senapang, Siam, 9 Syawal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.25,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang daripada beta kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal adalah mari surat Raja Benua Siam kehendaki perahu dan rakyat lengkap dengan alat senjatanya dan beras maka sekalian perkara itu sudah beta nyatakan pada sahabat beta maka sahabat beta pun balas surat mari kata suruh beta siapkan seperti kehendak Siam itu maka sebenar2nyalah seperti hemat sahabat beta itu maka sebab itulah jadi susah hati beta sangat kerana banyak yang kekurangan pada beta itulah beta pinta tolong pada sahabat beta meriam dan senapang serta ubatnya kerana dahulu pun sudah beta nyatakan pada sahabat beta dipinta tolong juga meriam senapang itu maka sekarang ini beta pinta sahabat beta bicarakan beri mari mana bolehnya dahulu kerana ketiadakan sangat senjata itu sahabat beta pun hendak pergi ke Benggala maka pinta sahabat beta cahari meriam kecil besar boleh patut dengan perahu2 yang ada pada beta ini ahwal itulah dinyatakan pergi surat sembilan haribulan Syawal hari Jumaat tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat dari Raja Siam yang meminta perahu, rakyat yang dilengkapi senjata dan beras. Perkara ini sudah pun diberitahu kepada Light dan Light sudah pun membalas surat yang meminta baginda menyiapkan perkara seperti mana permintaan Raja Siam itu. Namun begitu, perkara ini amat membebankan baginda kerana kekurangan yang ada pada Kedah. Baginda meminta dari Light untuk membeli meriam, senapang dan peluru. Baginda memohon dihantarkan barang-barang tersebut mana yang boleh dihantar terlebih dahulu. Oleh kerana Light hendak ke Benggala, maka sebolehnya dicarikan di sana meriam kecil atau besar untuk diletakkan dalam perahu. Surat ini telah ditulis pada 9 Syawal, hari Jumaat.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light to discuss the letter from King of Siam. The King requested for canoes, armed men and rice. This matter had already been informed to Light earlier, and he had already replied the letter asking the Sultan to be ready with what the King of Siam had requested for. However the request was a burden as there was an insufficiency in Kedah. Sultan Abdullah asked Light to buy cannons, short guns and bullets and requested to send any of those things first. Since Light was going to Bengal, he tried to look for big and small cannons there. This letter was written on 9th Syawal, on Friday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services