Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter69 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
12.3 x 21.6 cm
Title:
Raja Siam perintah Sultan Kedah bantu Salang
Keywords: Laut, Salang, Siam, 25 Muharam,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.24,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Qawluhu al-Haqq Surat tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador ahwal adalah khabar Awak itu kata sudah melanggar benua Siam sampai ke Perangkan(?) maka datang surat Raja Benua Siam akan beta suruh beta bantu Salang kerana angkatan dari sebelah laut pun banyak hendak mari langgar Salang itu maka inilah beta panggil sahabat beta hendak muafakat apa baik perintah kita pada kehendak Raja Benua Siam itu dan Awak hendak melanggar Salang itu kalau2 datang sampai kejahatannya ke negeri kita sebagaimana bicara kita itulah beta hendak muafakat kerjakan maka itulah saudara beta Laksamana beta suruh pergi panggil sahabat beta maka hendaklah sahabat beta mari dengan segeranya bersama2 dengan Laksamana itulah dinyatakan perbuat surat hari Jumaat lima likur haribulan Muharam tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkaitan maklumat bahawa Burma sudah menyerang Siam. Terdapat juga surat daripada Raja Siam yang menyuruh Kedah membantu Salang kerana serangan Burma dari laut. Justeru, baginda memanggil Light untuk berbincang tentang perintah dari Raja Siam dan juga serangan terhadap Salang oleh Burma yang berkemungkinan akan sampai ke Kedah. Baginda menghantar Laksamana untuk memanggil Light supaya datang dengan segera bersama-sama Laksamana untuk mengadap baginda. Surat ini ditulis pada hari Jumaat, 25 Muharam.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light was about a letter from the King of Siam asking Kedah to help Salang that was attacked by Burma at sea. Due to that, the Sultan called for Light to discuss the orders of the King of Siam and also the attack on Salang, which they expected might reach Kedah as well. Sultan sent the Laksamana to call for Light to see him as immediately. This letter was written on Friday, 25th Muharam.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services