Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter68 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18 x 21.9 cm
Title:
Sultan Abdullah tolak cadangan Light minta tanah di Teluk Air Tawar untuk bela kerbau dan lembu
Keywords: Kerbau, lembu, Teluk Air Tawar, 21 Jamadil Akhir,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.23,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang bahawa akan surat sahabat beta beri mari itu sampailah pada beta maka tersebut di dalam surat itu sahabat beta pinta tanah Teluk Air Tawar itu hendak suruh bela kerbau lembu pada tempat itu maka muafakat menteri pegawai kata tempat itu tiada baik kalau akhirnya jadi susah kerana panglima hulubalang rakyat beta hutan padang ini banyak jahat2 lagi tiada (ra-ba) maka pendapat beta pun sesungguhnya dari dahulu pun sudah beta nyatakan pada sahabat beta kalau2 dengan perbuatan mereka itu jadi kecil hati sahabat beta akan beta maka pada fikir beta Pulau Pinang itu pun besar boleh sahabat beta suruh cerahkan buat tempat kerbau lembu lagi hampir dengan sahabat beta boleh lihat sehari2 baik jahatnya maka itulah beta nyatakan sahabat beta perbuat surat pada selikur haribulan Jamadil Akhir hari Sabtu tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan permintaan Light terhadap tanah di Teluk Air Tawar untuk digunakan sebagai tempat membela kerbau dan lembu. Walau bagaimanapun, hasil mesyuarat baginda bersama pembesar memutuskan bahawa tempat itu kurang sesuai kerana terdapatnya sebahagian panglima dan rakyat baginda yang suka melakukan kejahatan di situ. Baginda mencadangkan agar tempat membela kerbau dan lembu itu dibuat di Pulau Pinang. Surat ini telah ditulis pada 21 Jamadil Akhir, hari Sabtu.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light is about Light`s request for the land in Teluk Air Tawar to be used for rearing buffaloes and cows. However the decision made in a meeting with his high ranking officials was that the place was not suitable as there were many warriors and bad people who practised the wrongdoings there. The Sultan suggested Pulau Pinang for the place for rearing the buffaloes and cows. This letter was written on 21st Jamadil Akhir, on Saturday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services