Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter67 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
12.7 x 21.2 cm
Title:
Penghantaran jurutulis kepada Light dan kebenaran Kapitan Cina pindah ke Pulau Pinang
Keywords: Jurutulis, penyurat, pindah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.22,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Qultu Surat kasih sayang yang tiada berputusan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Kapitan Light Dewa Raja Gurnador yang amat bijaksana pada memerintahkan kerja Jenderal lagi sangat teguh setia bagi segala sahabat handai taulannya maka masyhur adanya perintah pada segala negeri timur dan barat lagi amat akil pada segala perniagaan kemudian dari itu barang tahu sahabat beta maka akan sahabat beta pinta orang penyurat hendak jadikan jurutulis itu maka inilah Ibrahim serta Kapitan Khatib Lebai beta suruh hantar pergi pada sahabat beta tanda putih hati berkasih kasihan pinta sahabat terima ambil syahadan akan Kapitan Cina sahabat beta pinta dengan anak cucunya hendak bawa ke Pulau Pinang itu pun beta benarkan suruh pindah pergi kerana jika ada suatu kerja beta hendak suruh boleh beta suruh panggil mari dan akan sahabat beta pun apabila lega sedikit daripada buat tempat taruh anak cucu boleh senang maka pinta sahabat beta mari pada beta barang seketika hendak bertemu ada kerja sedikit hendak nyatakan pada sahabat beta sendiri lagi pun lama sudah tiada bertemu dengan sahabat beta ahwal itulah beta nyatakan perbuat surat hari Sabtu tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Kapten Francis Light Dewa Raja berkenaan Light meminta seseorang untuk bekerja sebagai jurutulis daripada Sultan Abdullah. Oleh itu, Sultan Abdullah telah menghantar Ibrahim dan Kapitan Lebai Khatib bagi memenuhi permintaan tersebut. Berkaitan permintaan Light untuk membawa Kapitan Cina beserta anak cucunya berpindah ke Pulau Pinang, Sultan Abdullah telah membenarkannya. Sultan Abdullah juga meminta Light datang bertemu baginda kerana sudah lama tidak bertemu. Surat ini ditulis pada hari Sabtu.


Summary:

This letter from Sultan Abdullah to Captain Francis Light stated Light`s request for someone to work as a scribe from Sultan Abdullah. To fullfil the request, Sultan Abdullah sent Ibrahim and Kapitan Lebai Khatib. Sultan Abdulah also approved Light`s request to take along Kapitan Cina and his descendants to move to Pulau Pinang. Sultan Abdullah also asked for Light to come and see him, as he had not seen him for a long time. This letter was written on Saturday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services