Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter65 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
16.1 x 20.2 cm
Title:
Kesediaan Light membayar 4,000 rial setahun kepada Sultan Abdullah: Jumlah itu tidak dipersetujui
Keywords: Hasil, susah, tiadalah cukup, 12 Safar,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.12,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang bahawa akan surat sahabat beta beri mari dahulu pada Laksamana pinta beta tentukan perintah hasil Pulau Pinang itu jadi kesukaanlah pada beta maka lagi tersebut dalam surat sahabat beta itu hendak beri hasil Pulau Pinang itu pada setahun empat ribu rial tiadalah cukup belanja beta maka sahabat beta pun telah ketahui maka jadi pun lama tiada beta balas surat sahabat beta itu kerana banyak susah lagi pun orang beta ini banyak yang tiada harta perintah tutur kata dengan sahabat beta maka beta hendak suruh Bendahara dan Dato? Paduka Raja pergi berkira dengan sahabat beta maka duduk dalam susah sakit demam maka Laksamana dan anak beta ini Cik Awi pun anak cucunya sakit demam juga maka sekarang Laksamana ada senang sedikit anak cucunya daripada sakit demam maka itulah beta suruh pergi pada sahabat beta boleh sahabat beta berkira2 dengan Laksamana itu itulah beta nyatakan perbuat surat dua belas haribulan Safar hari Selasa tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat Light yang diberi kepada Laksamana yang meminta Sultan Abdullah agar menentukan hasil yang akan diterima dari Pulau Pinang. Dalam surat tersebut, Light mahu memberi 4,000 rial setahun daripada hasil Pulau Pinang, namun jumlah itu tidak mampu menampung perbelanjaan baginda. Maka baginda ingin menghantar Bendahara dan Dato Paduka Raja untuk berbincang dengan Light tentang perkara ini, tetapi mereka kurang sihat. Sementara itu, Laksamana dan anakanda baginda Cik Awi pula tidak boleh dihantar untuk berbincang kerana anak cucunya pula kurang sihat. Buat masa ini, anak cucu Laksamana sudah kurang sedikit sakitnya, lalu baginda memerintahkan dia untuk bertemu dengan Light bagi berbincang perkara di atas. Surat ini telah ditulis pada 12 Safar, hari Selasa.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light about his letters that were given through Laksamana who asked the Sultan to determine the profits that would be received by Pulau Pinang. In the letter, Light stated that he wanted to give 4,000 reales of the profits made in Pulau Pinang to Sultan Abdullah, but that amount was insufficient to cover his expenditure. So the Sultan wanted to send Bendahara and Dato Paduka Raja to discuss with Light on this matter, but they were unwell. The Sultan was also unable to send Laksamana and his son Cik Awi to discuss as his grandchildren were unwell too. Then the grandson of the Laksamana was getting better, so Sultan Abdullah ordered him to discuss the issue with Light. This letter was written on 12th Safar, on Tuesday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services