Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter59 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
17.3 x 21 cm
Title:
Perampasan kapal dan penangkapan nelayan
Keywords: Kuala Perlis, orang jahat, perahu, 15 Muharam,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.222,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang bahawa adalah pada empat belas haribulan Muharam ini mari surat adik beta Raja Muda mengatakan ada perahu orang jahat tiga belas haluan duduk di Pulau Panjang Kuala Perlis mari tangkap orang terbit cahari ikan di Kuala Perlis itu sudah boleh akan orang jahat itu tiga buah sampan orangnya dua belas yang sudah ditangkap orang jahat itu maka ada perahu orang Cina balik mari dari Pulau Pinang itu pun dirampas orang jahat itu lepas tubuh orang Cina itu sahaja maka sudah beta suruh Laksamana siap perahu hendak suruh orang keluar payar maka sahabat beta pun maulah suruh perahu Jaga2 tiga empat buah keluar payar jangan jadi kesakitan segala rakyat2 berulang pergi cahari makan ke Pulau Pinang dan segala rakyat yang cahari ikan maka itulah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat pada lima belas haribulan Muharam hari Isnin tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa pada 14 Muharam yang lalu, telah tiba surat daripada adinda baginda Raja Muda yang menyatakan bahawa ada perahu yang dinaiki oleh penjenayah duduk di Pulau Panjang Kuala Perlis. Mereka telah merampas 3 buah sampan dan menangkap 12 orang nelayan di Kuala Perlis. Terdapat juga perahu orang Cina yang datang dari Pulau Pinang yang turut dirampas dan mereka telah melepaskan anak kapalnya. Maka baginda telah mengarahkan Laksamana menyiapkan perahu untuk pergi menyelesaikan masalah ini supaya tidak menyusahkan rakyat untuk keluar mencari rezeki ke Pulau Pinang ataupun yang keluar menangkap ikan. Baginda turut meminta Light agar menyuruh 3 hingga 4 buah perahu Jaga-jaga untuk melakukan perkara yang sama. Surat ini telah disiapkan pada 15 Muharam, hari Isnin.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light noted that on 14th Muharam, he received a letter from his brother, Raja Muda, stating that there were three canoes with pirates from Pulau Panjang in Kuala Perlis. They confiscatored 3 canoes with 12 fishermen in Kuala Perlis. They also confisicatored a canoe with the Chinese men from Pulau Pinang, but then released the men. The Sultan then ordered Laksamana to prepare canoes to go and settle the problems so that it would not be difficult for the people to go out to earn their living in Pulau Pinang or to go fishing.The Sultan also asked Light to be ready with three or four canoes to be on guard. The letter was ready on 15th Muharam, Monday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services