Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter56 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
20.6 x 21 cm
Title:
Permintaan Siam untuk 150 buah perahu, 5,000 rakyat dan 500 koyan
Keywords: Beras, Salang, Siam, 22 Ramadhan,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.217,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang bahawa adalah datang surat dari benua Siam sampai mari pada beta maka tersebut di dalamnya suruh beta siap perahu tengah dua ratus dan rakyat lima ribu dengan alat senjata suruh pergi bertunggu negeri Salang serta suruh beta beli beras lima ratus koyan hantar pergi ke Salang juga maka dalam beta duduk muafakat dengan menteri pegawai hendak beri surat nyatakan pada sahabat beta seperti kehendak Siam itu maka datang pula khabar negeri Senggora sudah alah dilanggar perompak dari laut maka Raja Senggora pun sudah lari maka inilah beta nyatakan pada sahabat beta perintah rupa kehendak Siam dan perintah negeri Senggora itu apa yang baik bicara sahabat beta pinta sahabat beta nyatakan mari tanda muafakat barang yang patut boleh kita kerjakan dari awal maka beta ini kekurangan senjata dari dahulu pun sudah beta pinta tolong pada sahabat beta meriam kecil barang dua ratus dan senapang barang tiga ribu serta dengan ubatnya maka perintah seperti kehendak Siam ini sudah beta buat surat suruh pergi hantar pada Saudagar Mirangkandu sampaikan pada sahabat beta maka Saudagar Mirangkandu sudah sampai mari jadi bersiap di jalan maka inilah beta suruh Saudagar Mirangkandu balik pergi pada sahabat beta jika boleh pinta sahabat beta serahkan pada saudagar ini boleh dibawanya segera sampai pada beta itulah beta nyatakan pergi pada sahabat beta pergi surat pada hari Arba? dua likur bulan Ramadhan tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menyatakan penerimaan surat dari Siam kepada baginda yang mengarahkan agar baginda mempersiapkan 150 buah perahu dan 5,000 orang rakyat dilengkapi dengan senjata untuk pergi ke Salang. Siam juga mengarahkan agar membeli beras 500 koyan untuk dihantar ke Salang. Ketika Sultan Abdullah sedang berbincang dengan para menteri untuk menulis surat kepada Light, datanglah maklumat menyatakan Senggora sudah kalah akibat serangan dari laut. Maka, inilah dua perkara penting yang hendak dimaklumkan iaitu perkara berkaitan perintah dari Siam dan keadaan negeri Senggora dan dipinta agar Light dapat menyatakan tindakan yang boleh diambil. Sultan Abdullah juga memaklumkan tentang kekurangan senjata di Kedah dan memohon daripada Light untuk membeli 200 buah meriam kecil dan 3,000 pucuk senapang dan pelurunya. Sultan Abdullah menghantar Saudagar Mirangkandu untuk bertemu Light bagi membawa balik barang-barang yang telah dipinta. Surat ini telah dihantar pada hari Rabu, 22 haribulan Ramadhan.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light to acknowledge the receiving of the letter from Siam to the Highness, asking him to be ready with 150 canoes and 5,000 men completely armed to go to Salang. Siam also ordered to buy 500 koyan to be sent to Salang. When Sultan Abdullah was discussing writing a letter to Light with his ministers, they received the news that Senggora has lost the battle at sea. So these are the two issues that they wanted to tell and they were the issue of the orders from Siam and the situation in Senggora hence asking Light for advice on their next move. Sultan Abdullah also informed Light of the shortage of weapons in Kedah and asked Light to buy 200 cannons, 3,000 short guns including the bullets. Sultan Abdullah sent Saudagar Mirangkandu to meet Light and bring back the things that he had requested for. The letter was sent on a Wednesday, 22nd of Ramadhan.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services