Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter49 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
23.2 x 25.7 cm
Title:
Surat ikrar memohon Pulau Pinang dan syarat-syarat oleh Light
Keywords: Rotan, seteru, timah, 2 Jamadil Awal 1199 tahun ha, Ahad, 13 March 1785,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.148,
Year:
1785
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Ini ikrar Kapitan Light Dewa Raja maka adalah sanda ini disuruh Raja Benggala mari pinta tempat pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Pulau Pinang itu dipohonkan hendak perbuat loji bubuh tinggal tempat kapal perang mudahlah hendak baiki kapal itu serta barang yang kekurangan bekal dipohonkan tolong kurnia maka tatkala sudah dikurnia Pulau Pinang itu barang yang jadi seteru Duli Yang Dipertuan dari sebelah laut dan sebelah darat jadi seterulah pada kompeni maka belanja sebelah laut itu di atas kompeni belanjakan dan sebelah darat pun tolong kompeni juga maka belanjanya di atas Duli Yang Dipertuan jika tiada cukup belanja Yang Dipertuan ditolong kompeni dahulu kemudian diwasalkan maka gudang Duli Yang Dipertuan suatu di Pulau Pinang itu diberi seorang wakil memerintahkan jual beli maka arta larangan tiga perkara pertama opiun dijual orang di dalam itu hasilnya barang yang patut diserupakan dan timah dan rotan dua perkara yang keluar di dalam jajahan Kedah ini wakil Duli Yang Dipertuan membayari tiada boleh orang lain beli ditegahkan mana harga dalam beli kompeni dan timah dan rotan yang datang dari negeri yang lain barang siapa hendak beli tiada tegah larang maka orang kompeni yang duduk di Pulau Pinang itu barang yang putus makanan daripada beras padi dan kerbau lembu dan ayam itik dan barang yang jadi makanan mari beli di negeri janganlah ambil hasil bandar dan kuala dimaafkan dan barang yang kesakitan orang kompeni di Pulau Pinang itu ditolong Duli Yang Dipertuan belanjanya atas kompeni perbuat surat ini dua haribulan Jamadil Awal hari Ahad pada sanah 1199 pada tahun ha tamat


Malay Description:

Ini ialah ikrar dan janji oleh Kapten Francis Light Dewa Raja. Bahawasanya Light telah disuruh oleh Raja Benggala untuk meminta tempat pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia untuk dibuat tempat baiki kapal perang dan untuk mengambil bekalan kapal. Apabila Pulau Pinang sudah dikurniakan kepada Raja Benggala, mana-mana musuh Duli Yang Dipertuan yang datang dari arah lautan dan sebelah daratan juga merupakan musuh kepada kompeni. Perbelanjaan perang dari arah lautan itu merupakan tanggungan kompeni manakala serangan yang datang dari arah daratan itu akan dibantu oleh kompeni, tetapi perbelanjaan perangnya datang daripada Duli Yang Dipertuan. Berkaitan gudang Duli Yang Dipertuan di Pulau Pinang itu, ia akan diberikan seorang wakil untuk menguruskan jual beli. Terdapat 3 komoditi sebagai barang kawalan dalam transaksi jual beli. Pertama ialah opium. Kemudian, dua perkara yang keluar dari jajahan Kedah ini, hanya wakil Duli Yang Dipertuan berhak menerima bayaran daripada kompeni, tidak dibenarkan orang lain untuk membelinya, iaitu timah dan rotan. Walau bagaimanapun, timah dan rotan yang datang dari negeri lain tidaklah dilarang untuk dibeli oleh orang ramai. Bagi penduduk kompeni di Pulau Pinang yang terputus bekalan makanan termasuklah beras, padi, lembu, kerbau, ayam dan itik hendaklah dibantu oleh Duli Yang Dipertuan. Surat ini ditulis pada 2 Jamadil Awal, hari Ahad, tahun 1199, tahun Ha.


Summary:

This is a pledge and promise by Captain Francis Light. Light was asked by the Governor-General of Bengal to request for a site from His Royal Highness for a dock to repair the warships and to load supplies. When Pulau Pinang was bestowed to the Governor-General of Bengal, any enemy of His Royal Highness coming from the ocean and theland would also be the enemy of the company. War expenses from the ocean would be borne by the company while any attack from the land would be helped but the expenses had to be borne by His Royal Highnes. Regarding His Royal Highness`s storage house in Pulau Pinang, it would be given a representative to handle the sale. There are three commodities as controlled items in the transaction. The first is the opium. Then, two things that were out of the Kedah`s colony, only the representative of His Royal Highness was entitled to receive payments from the Company, no one else were allowed to buy them, that were tin and rattan. However, tin and rattan from other states were not prohibited for the masses to buy. For companies` resident in Pulau Pinang who were out of food supplies including rice, paddy, cattle, buffalo, and poultry should be assisted by the Royal Highness. This letter was written on 2nd Jamadil Awal, Sunday, in 1199.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services