Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter48 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
19 x 21.1 cm
Title:
Masalah lanun dan kesediaan Light
Keywords: Berjumpa, lanun, orang jahat, 22 Rabiul Akhir,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.116,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pinang maka adalah Syahbandar beta suruh pergi pada sahabat beta menyatakan khabar perintah lanun maka sudah sahabat beta balas surat beta serta kata Syahbandar sahabat beta sudah berjanji kata hendak mari sendiri berjumpa dengan beta maka kerja itu sahaja kesukaan beta maka dari dahulu pun beberapa kali beta suruh panggil maka sahabat beta bertangguh juga sampai sekarang ini baharu Tuhan seru alam buka hati sahabat beta suka hendak mari berjumpa beta maka beta pun sangat kesukaan boleh berjumpa mulut berkata2 supaya tiada lagi berhubung kata dengan yang lain boleh selesai segala fikiran beri bertentu ditetapkan sekali supaya tiadalah boleh ada tempat boleh jalan segala yang si jahat hendak mengadakan kata yang tiada sebenar hendak memberi kejahatan atas beta dan sahabat beta dalam itu lebih fikir sahabat beta jika sudah tiada putih hati sahabat beta hendak mari pada beta hendak menengar kata orang jahat2 apa boleh beta katakan inilah beta nyatakan pergi surat dua likur bulan Rabiul Akhir hari Arba? tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan maklumat lanun. Menurut Syahbandar, Light telah membalas surat dan berjanji untuk datang sendiri mengadap Sultan Abdullah. Malangnya, sudah beberapa kali baginda panggil mengadap dan telah ditangguhkan oleh Light sehinggalah sekarang ini sekali lagi Light berjanji hendak datang mengadap. Baginda amat gembira dan berharap untuk bertemu dengan Light. Surat ini telah ditulis pada 22 Rabiul Akhir, hari Rabu.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light informed about pirates` matter. According to the Syahbandar, Light had replied the letter and promised to come in audience before the Sultan Abdullah himself. Unfortunately, he had called Light several times to come in audience before but that had been postponed by Light until now and again he had promised to come in audience before the sire. He was very pleased and looked forward to meeting Light. This letter was written on 22nd Rabiul Akhir, Wednesday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services