Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter47 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
24.9 x 21 cm
Title:
Perbincangan dengan Raja Raden Muhamad, bandar di Kedah sunyi
Keywords: Perahu dagang, piutang, sunyi, 30 Muharam 1206 tahun2 alif, Khamis, 29 September 1791,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.108,
Year:
1791
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana ahwal akan sahabat beta pesan anak beta Raja Raden Muhamad suruh pergi hendak berjumpa ada bicara jalan kebajikan itu maka beta ini pun sangatlah kesukaan mendengar yang demikian itu sahabat beta menunjukkan ikhlas putih hati maka inilah anak beta itu beta beri pergi pada sahabat beta boleh sahabat beta muafakat pada jalan kebajikan barang yang patut itu dengan putih hati sahabat beta dengan beta inilah beta nyatakan pada sahabat beta supaya jangan berputusan kasih sahabat beta dengan beta ini maka akan bandar beta ini lamalah sudah sunyi tiada perahu dagang masuk mari berniaga jual beli maka perintah itu pun barang yang patut pada sahabat beta muafakatlah dengan anak beta itu pulangkan sedia seperti keadaan masa Paduka Marhum sahabat beta perintahkan ramai bandar ini maka piutang beta di Pulau Pinang itu beta suruh anak beta itu pergi tunggu maka dengan penolong sahabat beta maka boleh segera keluar arta beta itu ada dengan daftarnya beta beri pergi perbuat surat ini pada hari Khamis tiga puluh haribulan Muharam pada sanah 1206 tahun2 alif tamat al-kalam tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan berkenaan keizinan baginda kepada anakandanya Raja Raden Muhamad untuk bertemu dan berbincang dengan Francis Light. Baginda juga turut memaklumkan tentang bandar baginda yang sudah sunyi daripada perahu dagang yang masuk berniaga. Justeru, baginda berharap agar perkara ini dapat dibincangkan dengan anakanda baginda agar keadaan boleh kembali seperti dahulu sama seperti semasa pemerintahan Paduka Marhum ayahandanya. Berkenaan hutang piutang baginda di Pulau Pinang, bolehlah dibincangkan dengan anakanda baginda dan baginda turut menghantar senarainya. Surat ini telah siap ditulis pada hari Khamis, 30 Muharam 1206, tahun-tahun alif.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light, informed his consent for his son Raja Raden Muhamad to meet and discuss with Francis Light. He also informed about his town had been quiet from the trading-boats that came in for business. Therefore, he hoped this matter could be discussed with his son so the situation could return to normal as just like during the reign of his late father. Related to his debts in Pulau Pinang, this could be discussed with his son and he also sent the list. This letter was completely written on Thursday, 30th Muharam 1206.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services