Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter45 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
21 x 21.3 cm
Title:
Permintaan yang sama Sultan Abdullah kepada Gabenor Jeneral, pembelian bedil
Keywords: Bedil lela, Palembang, piutang, 9 Jamadil Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.94,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang maka akan surat sahabat beta beri mari dibawa Saudagar Mirangkandu itu sampai pada beta maka tersebut dalamnya sahabat beta pinta tentukan barang suatu kira2 maka sudah beta beri surat akan orang besar adik Jenderal itu demikianlah kehendaki beta dari mula sahabat beta mari pinta Pulau Pinang kata dengan suruh Jenderal itu sudah beta nyatakan kehendak beta sampai hari ini pun tiada beta ubahkan kata2 itu sebermula adalah Kapitan Uskut pesan mari pada Saudagar Mirangkandu akan bedil lela beta dibawa Tuan Sayid Abdullah dari Palembang diambil kapitan serta sudah dibayar harganya maka bedil itu pun beta pinta ambil serahkan pada Saudagar Mirangkandu akan rial Kapitan Uskut beli bedil itu beta suruh Saudagar Mirangkandu tunggu piutang2 bayar beri akan Kapitan Uskut inilah dinyatakan perbuat surat ini pada sembilan haribulan Jamadil Awal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan penerimaan surat dari Light yang dibawa melalui Saudagar Mirangkandu. Surat tersebut meminta agar baginda memutuskan sesuatu perkara dan perkara itu pun sudah dimaklumkan dalam surat. Begitulah kehendak baginda sejak awal lagi ketika Light datang meminta Pulau Pinang dengan perintah Gabenor Jeneral. Baginda sudah menyatakan permintaannya dan sehinggalah ke hari ini pun tidak diubah permintaan tersebut. Kapten Scott telah berpesan pada Saudagar Mirangkandu berkenaan bedil lela yang dibawa oleh Tuan Sayid Abdullah dari Palembang itu telah diambilnya serta sudah dibayar harganya. Oleh itu, baginda meminta agar diserahkan bedil lela itu kepada Saudagar Mirangkandu dan Saudagar Mirangkandu akan membayar harganya kepada Kapten Scott. Surat ini telah siap ditulis pada 9 Jamadil Awal.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light acknowledged the acceptance of Light`s letter, which was delivered through the Saudagar Mirangkandu. The letter requested that he determines a matter, and that matter was stated in the letter. That had been his request since Light came to take Pulau Pinang as ordered by the General-Governor of Bengal. He has stated his request and had never changed the request eversince. Captain Scott informed Saudagar Mirangkandu that he had taken and paid the price for the gun brought by Tuan Syed Abdullah from Palembang. Therefore, the Sultan requested that the gun would be handed over to Saudagar Mirangkandu and for that Saudagar Mirangkandu would pay the price to Captain Scott. This letter was written on 9th Jamadil Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services