Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter44 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
19.8 x 20.5 cm
Title:
Cubaan lanun masuk ke Perai, permohonan peluru dan senjata oleh Raja Jalil
Keywords: Lanun, peluru, senjata,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.93,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang baik budi bahasa kepada pihak bersahabat sentiasa kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal adalah surat Raja Jalil Muda Perai beri kepada beta nyatakan orang lanun itu hendak masuk ke dalam Perai tiada diberinya masuk suruh mari pada beta pinta ubat peluru dan senjata maka sudah beta beri surat kepada Raja Jalil Muda itu suruh pergi pinta pada sahabat beta ubat peluru dan senjata barang yang kekurangan disuruh pergi pinta pada sahabat beta tolong menurut janji sahabat beta perintah sebelah laut itu hendak tolong beta ini itulah beta nyatakan pada sahabat beta kerana sudah tulus ikhlas mari dari dahulu sudah jadilah beta harap sangat akan penolong sahabat itu tamat al-kalam


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa baginda telah menerima surat dari Raja Jalil Muda Perai yang menyatakan bahawa lanun hendak masuk ke Perai, namun mereka tidak dibenarkan masuk. Raja Jalil juga memohon bantuan peluru dan senjata. Maka baginda telah menyuruhnya pergi meminta bantuan tersebut daripada Light, berdasarkan perjanjian Light terdahulu untuk membantu Kedah dalam perkara membabitkan urusan di kawasan lautan.


Summary:

Letter to Francis Light from Sultan Abdullah informed that the sire had received a letter from Raja Jalil Muda Perai said that the pirates were about to enter Perai, but they were not allowed to enter. Raja Jalil also sought for help of ammunition and weapons. Therefore, the sire had ordered him to ask for help from Light, on the basis of previous agreements that Light would help Kedah in matters involving maritime affairs in the sea region.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services