Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter42 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
19.6 x 21.2 cm
Title:
Light minta beras dan siasatan terhadap penjenayah
Keywords: Beras, jahat, risik, 8 Syawal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.90,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal akan surat sahabat beta ini sampailah kepada beta maka tersebut dalamnya sahabat beta pinta tolong beli beras dikehendak segera berasnya itu maka perintah beras di dalam negeri ini sahabat sudah ketahui tiada banyak orang himpun taruh beras itu maka di dalam beta suruh anak beta ini Raden Muhamad dan Saudagar Raja bicarakan beli himpun barang bolehnya maka akan surat sahabat beta dahulu sepucuk itu pinta periksa orang jahat itu pun lagi beta suruh cahari risik2 periksa beri tentu dahulu boleh dinyatakan pergi pada sahabat beta ahwal itulah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat pada hari Ahad dulapan haribulan Syawal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan tentang penerimaan surat daripada Light yang meminta untuk membeli beras. Buat masa ini, tidak ramai orang yang menyimpan beras. Justeru, baginda telah menyuruh anak baginda iaitu Raden Muhamad beserta Saudagar Raja untuk cuba mengumpulkan beras semampu mereka untuk memenuhi permintaan Light. Berkaitan dengan sepucuk surat daripada Light yang meminta untuk memeriksa penjenayah, perkara itu masih lagi dalam siasatan baginda dan akan dimaklumkan selepas selesai siasatan dibuat. Surat ini telah siap ditulis pada 8 Syawal, hari Ahad.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light informed about the acceptance of letter from Light requested to buy rice. Then, there were not many people stored rice. Thus, the sire asked his son Raden Muhamad and the Saudagar Raja to try to gather rice as much as they could to fulfill Light`s wish. Regarding a letter from Light which asked to investigate the perpetrators, the matter was still under investigation and he will be informed after the completion of the investigation. This letter was written on 8th Shawal, Sunday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services