Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter41 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
15.5 x 21.1 cm
Title:
Sultan Abdullah ingin buka perniagaan rotan dan kayu di Kuala Perai
Keywords: Kurang, perniagaan, rotan, 7 Zulkaedah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.84,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal perintah Kuala Kedah selama empat lima tahun ini perahu dagang pun tiada berapa masuk berniaga maka segala perniagaan pun banyak sudah kurang daripada dahulu maka perolehan beta pun sudah tiada di dalam perniagaan itu maka kira pada fikir hati beta jika beta jawab suruh teman2 pergi buat suatu bangsal di Kuala Perai berniaga rotan kayu kalau dikurnia Tuhan seru alam laba sedikit banyak demikianlah terlintas di hati beta2 nyatakan pada sahabat beta dengan putih hati daripada akhirnya beta harapkan sahabat betalah menolongi hal sakit sukar teman beta yang pergi duduk pada tempat itu daripada segenap perkaranya perbuat surat tujuh haribulan Zulkaedah tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan Kuala Kedah yang kurang menerima perahu dagang semenjak empat lima tahun yang lalu menyebabkan hasil yang diterima baginda semakin kurang. Justeru, baginda ingin membuka perniagaan rotan dan kayu di Kuala Perai dan diharapkan agar Light dapat membantu dalam perkara ini. Surat ini siap ditulis pada 7 Zulkaedah.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light in respect of Kuala Kedah had received less trading boats since four or five years earlier which exacerbated the revenue received. Therefore, he wanted to open a rattan and wood business in Kuala Perai and hoped Light could help in this matter. This letter was written on 7th Zulkaedah.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services