Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter40 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.5 x 21 cm
Title:
Surat meminta Light siasat harta kes samun
Keywords: Disamun, kapal, mati, 7 Zulkaedah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.82,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah termasyhur ke mana2 kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal adalah beta beroleh khabar arta dalam kapal orang putih yang disamun orang di Salang itu ada gunanya arta itu dalam perahu Nakhoda Basir ditaruhnya dalam teripang baharu beta beroleh khabar itu maka beta suruh pergi siasat lihat perahu itu pun sudah berlayar kerana tiada lama ia singgah di sini inilah beta suruh anak beta Tengku Awi pergi pada sahabat beta boleh suruh siasat kalau2 sungguh seperti khabar itu orang Kedah nama Mir anak mata mata Imam Alang pun ada bersama dalam perahu itu itu pun ditinggalkannya baharu ia turut pergi pula demikianlah ada kelakuannya bermula maka adalah Penggawa berpesan mari temannya menunggu Pulau Sarang Burung disamun Nakhoda Zainal orang menunggu pulau itu pun banyak mati dan luka itu pun pinta sahabat beta pegang boleh periksa beri tentu hukumkan menurut adat ahwal inilah beta nyatakan pergi surat hari Ahad tujuh haribulan Zulkaedah tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light bahawa baginda dimaklumkan tentang penemuan harta yang disamun di Salang dalam perahu Nakhoda Basir, namun perkara ini tidak sempat baginda siasat. Justeru, baginda telah menyuruh anakandanya Tengku Awi untuk bertemu Light agar disiasat perkara itu. Terdapat juga kes rakan penggawa yang menunggu di Pulau Sarang Burung disamun oleh Nakhoda Zainal. Ramai yang mati dan tercedera. Perkara ini juga perlu disiasat oleh Light dan dijatuhkan hukuman kepada yang bersalah. Surat ini telah disiapkan pada hari Ahad, 7 Zulkaedah.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light informing him about the discovery of loots in Nakhoda Basir`s boat that happened in Salang, however, he had no time to investigate the matter.Therefore, he sent his son, Tengku Awi to meet Light to request for the the matter to be investigated . There were also cases where penggawa`s friend was robbed while waiting at Pulau Sarang Burung by Nakhoda Zainal. Many were dead and injured. This matter should also be investigated by Light and sentenced the criminals. This letter was completed on Sunday, 7th Zulkaedah.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services