Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter39 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
20.5 x 21.5 cm
Title:
Light beri 6,000 rial kepada Sultan Abdullah setiap tahun
Keywords: Enam ribu, penggawa, surat janji, 21 Syaaban,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.80,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang daripada beta Yang Dipertuan sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian pada jalan berkasih kasihan dengan segala handai sahabat dan pandai memerintahkan pada segala pekerjaan serta mengenangkan kasih ayah beta Paduka Marhum alaih rahmatullah taala wa al-ghufran maka jadilah beta menyuruh penggawa pada sahabat beta menentukan segala perintah maka sudah sahabat beta balas surat beta segala yang tersebut di dalamnya fahamlah beta maka tersebut sahaja sahabat beta berkehendak pada jalan kebajikan dengan beta maka akan rial hasil Pulau Pinang itu sahabat beta hendak beri enam ribu pada tiap2 tahun jika beta kehendaki lebih daripada itu sahabat beta hendak nyatakan pada Jenderal di Benggala maka perintah itu kembali pada sahabat beta pada fikir pendapat beta segala2 tiada sahabat beta hendak memandang pada jalan kerugian dan kecederaan beta maka itulah beta suruh anak beta Raden Muhamad dan Tokku Alang Ibrahim dan Penggawa pergi terima surat janji daripada sahabat beta dan sahabat beta pun boleh pegang taruh surat yang diperbuat anak beta itu dan Tokku Alang Ibrahim dan Penggawa genap perkaranya sahabat beta berbicaralah dengan wakil beta ketika itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta buat surat selikur haribulan Syaaban hari Isnin tamat al-kalam


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan tentang surat balasan Francis Light yang hendak memberi 6,000 rial setiap tahun kepada baginda daripada hasil Pulau Pinang. Jika baginda inginkan bayaran lebih daripada nilai tersebut, Light akan maklumkan pada Gabenor Jeneral di Benggala. Baginda telah menghantar anakandanya Raden Muhamad, Tokku Alang Ibrahim dan Penggawa untuk berbincang dan membuat surat janji dengan Light. Surat ini telah disiapkan pada 21 Syaaban, hari Isnin.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light regarding Light`s reply letter which stated about the annual payment of 6,000 reales from Pulau Pinang revenue intended to be given to Sultan Abdullah. Should the sire wanted to have more than the amount, Light would inform the General-Governor of Bengal. Sultan Abdullah sent his son Raden Muhamad, Tokku Alang Ibrahim and Penggawa to discuss and make an agreement with Light. This letter was completed on 21st Shaaban, Monday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services