Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter38 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
27.5 x 21 cm
Title:
Serangan Patani ke atas Cenak dan Senggora, serangan balas Raja Legor
Keywords: Binasakan, pukul, senapang, 6 Zulhijah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.76,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 kemudian daripada itu ahwal maka adalah orang Patani muafakat langgar binasakan jajahan benua Siam iaitu negeri Cenak dan Senggora maka sekarang ini mari Raja Legor bawa angkatan pukul segala Patani itu sudah pecah lari sekarang ini Raja Legor ada duduk di dalam Senggora maka keadaan beta ini masyhur takluk ke benua Siam maka tatkala dilanggar Patani jajahannya beta sudah nyatakan surat pergi pada Raja Legor maka di dalam beta bersiap sebab kekurangan senjata tiada sempat pergi bantu Raja Senggora itu tambahan makanan pun pada tahun ini tiada jadi maka inilah beta menyuruh Setia Raja pergi pada sahabat beta pinta tolong senapang barang lima ratus serta dengan ubat pelurunya kerana pesanan Jenderal Benggala pada sahabat beta barang yang kekurangan suruh beta pinta tolong pada sahabat beta kerana sahabat beta pun sama keadaan suatu tempat sahaja bertolong2 daripada hayat Paduka Marhum lagi dan beta dengan sahabat beta tiada ghalat di hati barang yang kurang beta pinta tolong itulah beta nyatakan pergi surat pada enam haribulan Zulhijah hari Arba? tamat al-kalam


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan tentang orang Patani yang telah menyerang jajahan Siam iaitu Cenak dan Senggora. Kemudian datang angkatan tentera Raja Legor menyerang Patani. Raja Legor kini berada di di Senggora. Sultan Abdullah mengalami kekurangan senjata dan tidak sempat membantu Raja Senggora, ditambah dengan masalah makanan pada tahun ini yang kurang menjadi. Maka, baginda telah mengarahkan Setia Raja bertemu Light untuk membeli 500 pucuk senapang beserta dengan pelurunya. Pertolongan ini adalah berdasarkan pesanan Gabenor Jeneral di Benggala kepada Light yang menyuruh membantu Sultan Abdullah sekiranya diminta tolong kerana Light pun sudah saling bantu membantu sejak zaman paduka almarhum ayahanda Sultan Abdullah lagi. Surat ini telah ditulis pada 6 Zulhijah, hari Rabu.


Summary:

A letter to Francis Light from Sultan Abdullah informing about the attack on Senggora and Cenak of the Siamese Kingdom by the people of Patani. Later, the army battalion of King Legor attacked Patani. King Legor was then in Senggora. Sultan Abdullah was short of weapons and did not have time to help King Senggora, in addition, the problem exacerbated by the shortage of food production. Therefore, the sire had ordered Setia Raja to meet Light to buy 500 rifles along with their bullets. This aid was based on order by the Governor-General of Bengal to Light who asked Light to help Sultan Abdullah if there was a request as Light and the King`s late father had been helping each other since ages ago. This letter was written on a 6th Zulhijah, Wednesday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services