Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter36 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
19.1 x 21.1 cm
Title:
Harga timah dan jumlah ambilan wang daripada Light
Keywords: Ambilan, daftar, timah, 21 Rejab,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.69,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada kesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 kemudian daripada itu ahwal tersebut pada surat sahabat beta rial harga timah beta seribu lebih dipegang ambil fasal ambilan anak beta Raden Muhamad pada saha beta dan kemudian pula sepucuk surat sahabat beta fasal rial Saudagar Raja pada Kapitan Uskut tiga ratus dulapan puluh lebih itu pun sahabat beta pegang ambil di dalam fasal ambilan anak beta itu juga maka beta periksa anak beta itu katanya ambilan pada sahabat beta hingga fasal wasil sahabat beta fasal Pulau Pinang itulah anak beta itu terima enam ribu tiga ratus dua puluh dua rial tiga puluh sembilan duit maka fasal itu sudah ada surat sahabat beta tolak jadikan wasil fasal Pulau Pinang itu maka lain daripada itu kata anak beta itu tiada ambilannya pada sahabat beta maka inilah beta nyatakan jika ada kenyataan daftar ambilan anak beta itu lain daripada fasal hasil Pulau Pinang itu sahabat beta berilah mari kenyataan itu boleh beta terima ambil seperti kehendak sahabat beta itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat pada hari Isnin selikur haribulan Rejab tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan harga timah baginda iaitu 1,000 rial lebih dan ambilan barang-barang jualan oleh anakanda baginda iaitu Raden Muhamad daripada Light. Terdapat juga sepucuk surat Light yang menceritakan tentang duit Saudagar Raja yang diberi kepada Kapten Scott sebanyak 380 rial yang disimpan oleh Light. Baginda telah memeriksa maklumat ambilan daripada anakandanya dan anakandanya telah menerima 6,322.39 rial. Sekiranya terdapat ambilan selain daripada jumlah di atas, harap dapat dimaklumkan kepada baginda. Surat ini telah siap ditulis pada 21 Rejab, hari Isnin.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light regarding the price of his tin of about 1,000 reales and merchandise taken by his son Raden Muhamad from light. There was also a Light`s letter tells about the Saudagar Raja`s money amounted to 380 reales, which was given to Captain Scott was kept by Light. His sire had checked the goods taken by his son and had received 6,322.39 reales. If the merchandise taken were more, he hoped to be notified about it. This letter was written on 21st Rajab, Monday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services