Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter34 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.8 x 22.4 cm
Title:
Permintaan beras daripada Light dalam musim kemarau
Keywords: Beras, kemarau, kesakitan, 25 Rejab 1206, Isnin, 19 March 1792,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.52,
Year:
1792
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana yang telah masyhur sampai ke mana2 kemudian dari itu barang tahu sahabat beta maka akan surat kertas daripada sahabat beta beri mari pada beta dan pada anak beta Raden Muhamad telah sampailah pada beta kedua pucuk surat itu maka tersebut di dalamnya sahabat beta pinta tolong beras barang sepuluh koyan maka akan beras duduk sehari2 ini sangatlah kesakitan tiada banyak orang berjual kerana padi pada tahun ini kena kemarau banyak tiada boleh diambil buahnya maka harap sahabat beta itu maka beta suruh kutip beli beras ditaruh orang lama2 diserahkan pada Abdullah bawa pergi bersama2 anak beta itu Raden Muhamad sampaikan pada sahabat beta adalah tiga belas koyan lebih kurang sedikit maka akan anak beta itu Raden Muhamad beta beri pergi jadi wakil beta pada pihak kerja kebajikan kepada sahabat beta yang sudah tulus ikhlas putih hati mari kepada beta ini nyatalah pada anak beta itu sampaikan pada sahabat beta diperbuat surat lima likur bulan Rejab hari Isnin 1206 tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light sebanyak 2 pucuk telah selamat diterima. Surat itu menyatakan bahawa Light meminta tolong diberikan 10 koyan beras. Malangnya, beras di Kedah kini menghadapi masalah kerana tidak ramai orang mahu menjualnya kerana musim kemarau. Maka, baginda meminta dikumpulkan beras sedikit demi sedikit sehingga berjumlah 13 koyan dan diminta Abdullah dan anakandanya Raden Muhamad menghantarnya ke Pulau Pinang. Surat ini siap ditulis pada 25 Rejab 1206, hari Isnin.


Summary:

Two letters from Sultan Abdullah to Francis Light was safely received. The letter stated that Light requested to be given 10 koyan of rice. Unfortunately, Kedah was facing rice problem as not many people wanted to sell it due to the drought season. Then, he asked for the rice to be gathered gradually until it reached the total of 13 koyan and asked Abdullah and his son, Raden Muhamad, to send them to Pulau Pinang. This letter was written on 25th Rejab 1206, Monday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services