Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter33 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
17.4 x 21.2 cm
Title:
Penerimaan bayaran hutang Syeikh Mia kepada Sultan Abdullah
Keywords: Belanja, beras, Raja Siam, 9 Rabiul Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.45,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana pada perintah bersahabat telah masyhur sampai ke mana mana kemudian dari itu ahwal akan surat sahabat beta beri mari perkataan rial beta pada Syeikh Mia empat ribu sudah sahabat beta tolong keluarkan beri diterima Setia Raja itu pun besar penolong sahabat beta pada ketika ini boleh buat belanja segala kehendak Raja Siam ini maka akan baki lagi itu kata sahabat beta di dalam ia hendak berlayar ini sahabat beta hendak tolong bicarakan pada wakil Syeikh Mia kerana sulab Syeikh Mia dari Keling belum sampai lagi sebuah maka ini khabarnya sulab Syeikh Mia itu sudah sampai ke Pulau Pinang inilah beta pinta dengan penolong sahabat beta dikeluarkan rial beta baki lagi itu beri selesai diserahkan pada Setia Raja suruh ia balik mari segera harap beta akan penolong sahabat beta jugalah pada kerja itu maka balas surat sahabat beta akan Raja Siam itu kata kekurangan beras lapar pada segala negeri itu sudah nyatalah khabar itu pada beta ahwal itulah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat pada hari Khamis sembilan haribulan Rabiul Awal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa Setia Raja telah menerima pembayaran 4,000 rial oleh Light bagi pihak Syeikh Mia. Duit yang diterima ini akan digunakan untuk memenuhi permintaan Raja Siam. Masih terdapat baki bayaran yang belum selesai daripada Syeikh Mia lagi, namun Light memaklumkan akan berbincang dengan wakil Syeikh Mia berkenaan perkara itu kerana kapal Syeikh Mia dari India masih belum tiba lagi. Sultan Abdullah pula telah mendapat maklumat bahawa kapal Syeikh Mia sudah sampai ke Pulau Pinang. Justeru, baginda meminta bantuan Light untuk menyelesaikan baki pembayaran daripada Syeikh Mia dan diserahkan kepada Setia Raja. Sultan Abdullah juga sudah dimaklumkan tentang balasan surat Light kepada Raja Siam yang menyatakan bahawa negeri Kedah mengalami masalah kekurangan beras. Surat ini telah ditulis pada 9 Rabiul Awal, hari Khamis.


Summary:

Letter from Sultan Abdullah to Francis Light announced that Setia Raja had received payment of 4,000 reales made by Light on behalf of Sheikh Mia. The money received would be used to fulfill the King of Siam`s wishes. There was still an unpaid balance of payment pending from Sheikh Mia, but Light informed the he would discuss the matter with Sheikh Mia`s representatives since Sheik Mia`s ship had not yet arrived from India. Whilst Sultan Abdullah had received information that Sheik Mia`s ship had arrived in Pulau Pinang. Thus, he sought Light`s assistance to settle the balance of payments of Sheik Mia`s and submitted it to Setia Raja. Sultan Abdullah was also informed about a letter of reply from Light to the King of Siam stating that the state was experiencing the shortage of rice. This letter was written on 9th Rabiul Awal, Thursday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services