Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter99 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
16.5 x 20.9 cm
Title:
Maklumat tentang lanun yang hendak menyerang Pulau Pinang dan Kerian
Keywords: Khabar, lanun, pukul, 18 Rabiul Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.105,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador di Pulau Pinang ahwal adalah pada dulapan belas haribulan Rabiul Awal hari Jumaat sampai surat Hakim Bandar Pulau Pinang dan surat Raja Indera Setia nyatakan pada Laksamana perahu lanun enam puluh haluan di Kuala Kurau katanya hendak pukul Pulau Pinang dan Kerian maka khabar itu tiada dengan surat sahabat beta sendiri nyatakan pada beta kadar surat Hakim Bandar itu pada Laksamana maka inilah beta menyuruh pergi pada sahabat beta pinta sahabat beta nyatakan mari khabar lanun itu yang khususnya jika sungguh seperti di dalam surat Hakim Bandar itu betapa rupa bicara sahabat beta hendak perintahkan pinta sahabat beta nyatakan mari boleh hamba ketahui kerana sebagai datang khabar pada beta perintah ini berlain2nya tiada yang khususnya inilah beta nyatakan pada sahabat beta diperbuat surat dulapan belas haribulan Rabiul Awal hari Jumaat tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menyatakan bahawa pada hari Jumaat 18 Rabiul Awal, surat Hakim Bandar Pulau Pinang dan surat Raja Indera Setia kepada Laksamana telah diterima yang menyatakan bahawa terdapatnya perahu lanun 60 haluan di Kuala Kurau. Perahu itu dikatakan hendak menyerang Pulau Pinang dan Kerian. Maklumat tersebut diperolehi tanpa surat daripada Light kepada baginda sendiri. Justeru, baginda meminta agar Light menulis surat kepada baginda untuk menyatakan maklumat tentang lanun jika benar seperti yang terdapat dalam surat Hakim Bandar Pulau Pinang. Surat ini telah ditulis pada 18 Rabiul Awal, hari Jumaat.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light stated that on Friday 18th Rabiul Awal, the letter from Hakim Bandar Pulau Pinang and the letter from Raja Indera Setia to Laksamana were received which informed that there were pirate boats in Kuala Kurau. The boats were said to have planned of attacking Pulau Pinang and Kerian. Therefore, Sultan Abdullah requested that Light to write to him and state any information on pirates if they were true as told by Hakim Bandar Pulau Pinang in his letter. The letter was written on Friday, 18th Rabiul Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services