Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter98 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
17.3 x 20.9 cm
Title:
Sultan Abdullah masih menunggu surat balas mengenai kedudukan Pulau Pinang
Keywords: Khabar, orang besar,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.104,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang maka adalah tatkala sahabat beta balik dari Benggala itu maka sahabat beta beri surat nyatakan mari kata dalam sebulan ini sampailah surat dari Benggala mari menentukan perintah Pulau Pinang beri selesai maka sekarang ini lamalah sudah tiada beta boleh khabar maka sekarang ini beta boleh khabar kata sampai orang besar dari Belayit ke Pulau Pinang maka itulah beta suruh Paduka Seri Nara Diraja dan Panglima Kota Seri Bijaya Muluk pergi pada orang besar itu maksud beta hendak berjumpa dengan orang besar itu berkenal kenalan boleh dengan bicara sahabat beta boleh sampai mari orang besar itu ahwal itulah dinyatakan tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menyatakan tentang janji Light selepas pulang dari Benggala bahawa dalam tempoh sebulan akan menyusul surat kiriman dari Benggala tentang urusan Pulau Pinang. Sehingga kini, baginda masih lagi belum menerima surat dari Benggala. Baginda juga telah mendapat maklumat bahawa terdapat orang besar dari Belayit yang telah tiba di Pulau Pinang. Justeru, baginda telah menyuruh Paduka Seri Nara Diraja dan Panglima Kota Seri Bijaya Muluk pergi bertemu dengan orang besar tersebut untuk memaklumkan bahawa Sultan Abdullah ingin berkenalan dengan mereka.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light stated Light`s promise after returning from Benggala that within a month a letter will be sent from Benggala regarding the affairs in Pulau Pinang. Until now, Sultan Abdullah had yet to receive any letters from Bengggala. He was also informed that there were high ranked people from Belayit who arrived in Pulau Pinang. Therefore, he had ordered Paduka Seri Nara Diraja and Panglima Kota Seri Bijaya Muluk to go and meet those people and pass the information that Sultan Abdullah would like to meet them.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services