Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter97 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
17.9 x 20.6 cm
Title:
Pembayaran tunai kepada Sultan Abdullah
Keywords: Dibayar, kesukaan, salin, 22 Zulkaedah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.103,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang maka adalah surat sahabat beta beri mari pada beta ini pada sepuluh haribulan Zulkaedah maka tiada tentu orang yang membawa surat itu maka jadi berlambatanlah beta balas surat sahabat beta maka tersebut di dalam surat sahabat beta pinta surat tanda wasil sahabat beta pada tahun kehadapan hendak dibayar dengan rial pada tiap2 tahun maka jadi kesukaanlah pada beta perintah itu ini pinta sahabat beta suruh salin daftar segala fasal wasil sahabat beta beri mari pada beta boleh beta buat surat tanda wasil sahabat beta beri pergi akan sahabat beta perbuat surat pada hari Khamis dua likur haribulan Zulkaedah tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat Light yang dihantar kepada baginda pada 10 Zulkaedah. Baginda telah terlewat membalas surat tersebut. Surat tersebut telah meminta baginda untuk membayar hasil dagangan dengan bayaran tunai setiap tahun. Baginda meminta Light menyenaraikan barang-barang jualan yang telah diberi kepada baginda. Surat ini ditulis pada hari Khamis, 22 Zulkaedah.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light was regarding Light`s letter to him on 10th Zulkaedah. He had forgotten to reply the letter. Light wanted a letter from the Sultan for him pay the trading profits with cash. Sultan Abdullah asked Light to list down the trading goods for him. The letter was written on Thursday, 22nd Zulkaedah.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services