Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter95 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
19.4 x 21.5 cm
Title:
Cukai penjualan bata di Perai sebanyak satu persepuluh
Keywords: Bata, Cina, hasil, 7 Syaaban,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.101,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 kemudian dari itu ahwal adalah beta beroleh khabar cina2 buat kerja bata di dalam negeri Perai berjual maka perintah adat negeri segala orang isi negeri ini jika ada membuat sesuatu kerja yang berfaedah maka keluar hasilnya sepuluh seperolehan negeri maka itulah beta suruh Sahbandar Seri Maharaja Paduka pergi ambil hasil bata itu kepada cina yang mengerjakan dia jika diperbuat pulas tiada mau beri pinta dengan penolong sahabat betalah keluarkan beri hasil itu serah beri mari pada Syahbandar kerana kerja itu tiada dinyatakan oleh cina itu pada beta maka sahabat beta pun barang suatu hendak dikerja dalam tempat beta dengan ikhlas putih hati dinyatakan mari pada beta ia buat kerja demikian tiada dinyatakan itulah dinyatakan kepada sahabat beta perbuat surat pada tujuh haribulan Saaban tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan maklumat yang diterima Sultan Abdullah bahawa terdapat orang-orang Cina yang membuat bata di Perai untuk dijual. Menurut adat negeri ini, mana-mana pekerjaan yang mendatangkan hasil hendaklah diambil 1 persepuluh sebagai hasil negeri. Maka, baginda telah mengarahkan Syahbandar Seri Maharaja Paduka untuk pergi mengambil hasil bata daripada orang Cina tersebut. Sekiranya dia berkeras tidak mahu membayarnya, maka baginda meminta bantuan Light untuk mengambil hasil tersebut dan diserahkan kepada Syahbandar. Tambahan pula, pekerjaan mereka itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada baginda. Surat ini telah disiapkan pada 7 Syaaban.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light was regarding the information he received that there were Chinese people making bricks in Perai to sell. According to the state`s custom, any works that generate income, 1/10 of it has to become the state`s posession. Therefore he ordered Syahbandar Seri Maharaja Paduka to go get the the brick earnings from the Chinese belonging to the state. If the Chinese insist on not paying, Sultan Abdullah requests help from Light to take the earnings to give to Syahbandar. The letter was completed on 7th Syaaban.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services