Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter94 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
13.2 x 19 cm
Title:
Masalah hutang nakhoda dengan Sultan Abdullah
Keywords: Hindu, kapal, Melaka, 20 Rabiul Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.100,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang maka adalah nakhoda kapal orang Hindu (sin-lam-mim-ba-ra-alif-mim) berutang kepada beta hendak pergi ke Melaka pulang mari dari Melaka hendak bayar kepada beta beri selesai maka nakhoda itu tiada pergi ke Melaka duduk di Pulau Pinang pinta sahabat beta beri mari nakhoda itu bersama Nakhoda Lebai Malim bawa kapal itu mari selesaikan ambilan dirinya pada beta ini hubaya2 pergi surat pada hari Sabtu dua puluh haribulan Rabiul Awal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan nakhoda yang berhutang dengan baginda. Nakhoda itu hendak pergi ke Melaka dan berjanji untuk membayar hutangnya selepas pulang dari Melaka. Baginda mendapat maklumat bahawa nakhoda itu tidak pergi ke Melaka, tetapi hanya duduk di Pulau Pinang. Baginda meminta agar Light menghantar nakhoda itu bersama nakhoda Lebai Malim bertemu baginda. Surat ini telah ditulis pada hari Sabtu, 20 Rabiul Awal.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light was about the captain who was in debt with the Sultan. The captain wanted to go to Melaka and promised to pay his debts when he came back. The Sultan, however found out that the captain did not go to Melaka but instead stayed in Pulau Pinang. The Sultan ordered Light to send the captain together with Nakhoda Lebai Malim to see him. This letter was written on Saturday, 20th Rabiul Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services