Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter93 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
17 x 20.9 cm
Title:
Sultan Abdullah jual timah untuk beli beras bagi dihantar ke Salang bersama perahu atas perintah Siam
Keywords: Beras, perahu, Salang, 2 Safar,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.99,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal maka adalah surat mari dari benua Siam sampai kepada beta dibawa Piya Rechung Muang dan Prak Pakdi Buri Rak dikehendaki beras dan perahu serta dengan orangnya bawa ke Salang maka pada tahun ini sangatlah kekurangan padi beras pada beta maka itulah beta suruh cucu beta Cik Long anak Tengku Awi pergi pada sahabat beta serta membawa timah sedikit pinta dengan penolong sahabat beta dijual beri akan cucu beta itu seperti harga perjualan sahabat beta di Pulau Pinang itu demikian lagi beta pinta dengan penolong sahabat beta juga dibeli beri beras barang enam tujuh puluh koyan seperti harga belian sahabat beta di perahu dagang itu telah harap sangatlah beta akan penolong sahabat beta dibicara beri boleh beras itu kerana dikehendaki Raja benua Siam mau sampai beras itu ke Salang di dalam bulan sebelas ini dengan hal itulah jadi sangat harap beta akan bolehnya beras itu dengan penolong sahabat beta ahwal itulah beta nyatakan pergi pada sahabat beta surat hari Arba` pada dua haribulan Safar tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat dari benua Siam yang dibawa oleh Piya Rechung Muang dan Prak Pakdi Buri Rak yang meminta beras, perahu dan orang untuk dibawa ke Salang. Pada tahun ini, Kedah amat kekurangan padi. Baginda telah menyuruh cucunda baginda iaitu Cik Long anakanda kepada Tengku Awi untuk bertemu Light untuk menyerahkan timah untuk dijual di Pulau Pinang. Baginda juga meminta agar Light dapat membelikan 60 hingga 70 koyan beras. Baginda amat mengharapkan pertolongan Light kerana beras itu perlu dihantar ke Salang dalam bulan sebelas ini. Surat ini ditulis pada hari Rabu, 2 Safar.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light was about the letter from the Siam brought by Piya Rechung Mung dan Prak Pakdi Buri Pak who asked for rice, canoe and men to be brought back to Salang. That year Kedah had vey little paddy. The Sultan had asked his grandson Cik Long, the son of Tengku Awi to see Light to give him the tin, so it would be sold in Pulau Pinang. The Sultan also asked if Light could buy for them 60 to 70 koyan of rice. The Sultan needed help from Light really badly so he could sent them to Salang on the 11th month.The letter was written on Wednesday, 2nd Safar.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services