Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter90 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
24.4 x 20.8 cm
Title:
Sultan Abdullah minta dipulangkan 21 orang Tenu dan Keling yang lari beserta tukang larik dan tukang tembaga
Keywords: Modal, Tenu, tukang, 4 Syawal 1206 tahun alif, Sabtu, 26 May 1792,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.7,
Year:
1792
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana kemudian dari itu ahwal akan surat sahabat beta dibawa anak beta Raden Muhamad tersebut di dalamnya perintah budak2 Tenu beta yang lari ada di Pulau Pinang itu kata sahabat beta hendak himpun dahulu beri mari kepada beta maka kesukaan sangatlah beta ini maka janji sahabat beta seperti surat sahabat beta dahulu itulah beta pegang taruh ini apakala budak2 sahaya dan orang berhutang lari mari dari Pulau Pinang pada beta ini maka beta ambil pulangkan pada sahabat beta dan budak2 sahaya dan orang berhutang daripada beta ini lari pergi ke Pulau Pinang itu sahabat beta ambil pulangkan pada beta itulah sebaik2 keraja tulus ikhlas daripada awal sampai kepada akhirnya sangatlah kebajikan adanya maka budak2 Tenu dan Keling itu semuanya dua puluh seorang maka baharu ini pula lari tukang larik dan tukang tembaga banyaknya seperti di dalam daftar beta beri pergi pada sahabat beta budak2 sahaya dan orang berhutang sudah ditentukan maka pinta sahabat beta ambil budak2 kedua fasal itu serahkan pada orang bawa surat beta ini beri mari dengan tiada suatu gendala maka akan (mim-dal-mim-ya) itu nyata budak sahaya beta diberi modal suruh berniaga jadi kepercayaan maka oleh tukang larik dan tukang tembaga bawa lari bininya pergi ke Pulau Pinang maka budak2 kedua fasal itu sudah nyata ada di Pulau Pinang itu sudah berjumpa dengan teman2 beta pergi ke Pulau Pinang maka itulah Syahbandar Seri Pekerma Raja dan Panglima Kota Seri Bijaya Muluk beta suruh pergi pada sahabat beta dengan segeranya beri pulang mari pada beta supaya boleh beta mendengar warta kebajikan daripada sahabat beta pergi surat pada hari Sabtu empat hari timbul bulan Syawal pada sanah 1206 pada tahun alif tamat al-kalam


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat Light yang dibawa oleh anakanda baginda Raden Muhamad yang menyatakan tentang budak-budak Tenu baginda yang melarikan diri dari Kedah yang kini berada di Pulau Pinang. Light ingin mengumpulkan mereka terlebih dahulu sebelum dihantar semula kepada Sultan Abdullah. Demikianlah perjanjian antara baginda dan Light iaitu mana-mana budak dan orang berhutang yang lari dari Pulau Pinang pergi ke Kedah, maka baginda mestilah memulangkan kepada Light. Begitu juga sebaliknya. Jumlah budak-budak Tenu dan Keling yang lari itu ialah 21 orang. Baru-baru ini terdapat tukang larik dan tukang tembaga yang lari ke Pulau Pinang. Justeru, baginda juga meminta agar mereka berdua dipulangkan semula ke Kedah. Surat ini telah disiapkan pada hari Sabtu, 4 Syawal 1206, tahun alif.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light was about Light`s letters, brought by his son Raden Muhamad who then informed them that the Sultan`s Tenu slaves who ran away from Kedah were then in Pulau Pinang. Francis Light wanted to gather them first before sending them back to Sultan Abdullah. That was the agreement between the Sultan and Light; any slaves or debtors who ran away from Pulau Pinang to Kedah, the Sultan must return them to Light. Same was to done to the Sultan`s slaves. The number of the Tenu slaves and the Keling who absconded were 21. Not long then, there were a `tukang larik` and a `tukang tembaga` who ran to Pulau Pinang. So the Sultan asked for them to be returned to Kedah. This letter was completed on Saturday 4th Syawal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services