Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter88 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
23.3 x 21.4 cm
Title:
Sultan Abdullah tuntut 4 perkara dimasukkan dalam perjanjian
Keywords: Berniaga, ikrar, seteru, 4 Ramadhan 1205 tahun dal akhir, Ahad, 8 May 1791,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.5 (Image: RECTO_09_006),
Year:
1791
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang daripada Yang Dipertuan datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termashur gah kepujian pada kan segala pekerajaan di laut dan darat dan lagi sangat teguh setiawan lagi dermawan serta sangat mengasih handai dan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan tiadalah lagi berputusan pada jalan muafakat dengan sahabat handainya adalah perintah Pulau Pinang sudahlah beta pun beri surat ikrar janji taruh pada sahabat beta dan sahabat beta pun sudah beri janji kini taruh pada beta tentu sudah segala perjanjian di dalam surat beta dan sahabat beta itu tetaplah sudah teta adalah maksud beta tiada sahabat beta bubuh di dalam surat janji empat perkara tiada ikut seperti di dalam surat janji saha beta dahulu itu pertama janji jika datang seteru sebelah laut sahabat beta empunya perintah melawan seteru itu jika kekurangan maka dan belanja beta tolong selesai keraja itu sahabat beta wasilkan arta beta dan jika datang seteru sebelah darat beta empunya per melawan seteru itu barang yang kekurangan beta daripada belanja dan sesuatu sahabat beta tolong selesai keraja itu beta bicara wasilkan arta sahabat beta itu dan seperkara lagi beta minta hendak beri seorang saudagar beta pergi duduk buat tempat berniaga di Pulau Pinang itu segala yang kekurangan beta itu pun beta minta dengan tolong sahabat beta bawa wakil beta itu bersama dinyatakan pada Jenderal di Benggala diluluskan seperti maksud beta itu maka inilah Raja Alang Janang dan Penggawa beta suruh bawa surat beta ini pada sahabat beta minta tolong sahabat beta nyatakan pada Jenderal di Benggala dengan segeranya maka surat janji itu pun sudahlah beta bubuh cap ditetapkan seperti janji anak beta Raden Muhamad dan Penggawa itu beta serahkan surat itu pada Kapitan Uskut bawa kepada sahabat beta dan surat janji sahabat beta pun beta beri pergi minta bubuh pula cap kompeni biarlah bersama dengan cap sahabat beta diperbuat surat hari Ahad empat haribulan Ramadhan pada sanah 1205 tahun Dal Akhir tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan berkenaan surat perjanjian daripada Sultan Abdullah yang sudah pun dihantar kepada Light dan begitu juga surat perjanjian daripada Light yang sudah diserahkan kepada Sultan Abdullah. Namun begitu, terdapat 4 perkara yang tidak dimasukkan dalam surat perjanjian sepertimana yang dijanjikan dahulu iaitu pertama, sekiranya datang serangan musuh dari sebelah laut, maka Light adalah bertanggungjawab untuk menanganinya. Kedua, jikalau terdapat kekurangan makanan dan perbelanjaan di Pulau Pinang, maka baginda akan membantunya. Ketiga, jikalau datang serangan musuh dari sebelah darat, maka bagindalah yang bertanggungjawab untuk menanganinya dan keempat, sekiranya terdapat kekurangan perbelanjaan di Kedah, Light adalah bertanggungjawab untuk membantu baginda. Baginda juga meminta agar diberikan tempat untuk seorang saudagar baginda berniaga di Pulau Pinang. Sultan Abdullah turut memohon agar dibawakan wakilnya untuk menyatakan tuntutannya kepada Gabenor Jeneral di Benggala. Baginda telah menghantar surat ini melalui utusan baginda iaitu Raja Alang dan Penggawa dan Light juga hendaklah menyampaikan dengan segera tuntutan baginda kepada Gabenor Jeneral di Benggala. Perjanjian yang diberikan dahulu sudah pun diletakkan cop mohor baginda dan sudah diserahkan kepada Kapten Scott untuk diserahkan kepada Light. Begitu juga dengan surat perjanjian daripada Light, hendaklah ia dicop dengan cop Kompeni Inggeris bersama-sama dengan cop Light. Surat ini ditulis pada 4 Ramadhan 1205, tahun Dal Akhir.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah stated about the letter of agreement from Sultan Abdullah which was sent to Light. The agreement letter from Light was also sent to Sultan Abdullah. However there were four issues that were not included in the agreement letter. First, should there be any attacks from the sea, Light would be responsible of handling the situation. Second, if there were insufficient food and expenses in Pulau Pinang, the Sultan would aid them. Third, should there be any attacks on land, the Sultan would be responsible for it. And four, if there was an insufficient amount for his expenditures in Kedah, Light would be responsible to help the Sultan. The Sultan also requested for a place for one of his traders to trade in Pulau Pinang. The Sultan requested that his representative to be taken along so that he could convey his demands to the Governor-General of Bengal. The Sultan sent his letter through his representatives, Raja Alang and Penggawa and Light was expected to convey the Sultan`s demands to the Govenor-General of Bengal. The agreement that was given earlier was approved and sealed and given to Captain Scott who would then return it to Light. The agreement letter from Light was also stamped with East India Company seal and Light`s. This letter was written on 4th Ramadhan 1205.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services