Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter87 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.4 x 20.7 cm
Title:
Minta jual timah untuk beli beras dihantar ke Salang
Keywords: Beras, Siam, timah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.4,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana pada perintah bersahabat telah masyhur sampai ke mana mana kemudian dari itu ahwal maka adalah dahulu beta beri cucu beta Cik Long anak Tengku Awi bawa pergi timah pada sahabat beta pinta sahabat beta tolong jual timah itu beli beras beri akan cucu beta itu beta hendak beri akan Raja Siam maka sudah sahabat beta tolong jual diberi mari rial itu setengah tentu dengan surat sahabat beta dibawa cucu beta itu mari pada beta maka rial yang lagi tinggal pada sahabat beta harga timah itu sahabat beta hendak tolong beli beras beri akan beta maka ini beta pinta sahabat beta tentukan beri mari berapa banyak sudah boleh beras itu boleh beta hendak suruh pergi terima ambil dihantar pergi segera ke Salang ikut seperti suruh Raja Benua Siam beri mari akan beta di dalam itu jika tiada boleh beras pinta sahabat beta serahkan rial baki harga timah itu pada Setia Raja boleh hendak disuruh cahari beli pada tempat yang lain pula demikian lagi pihutang beta pada Syeikh Mia itu pinta dengan penolong sahabat beta dikeluar diserahkan pada Setia Raja beri selesai diberi ia pulang mari segera pada beta telah haraplah beta akan penolong sahabat beta pergi surat pada dua likur haribulan Rabiul Awal pada hari Arba` tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light bahawa baginda telah memberikan timah kepada cucunda baginda iaitu Cik Long anak kepada Tengku Awi untuk dibawa kepada Light. Baginda meminta agar Light dapat menjual timah itu untuk dibelikan beras dan diberikan kepada cucunda baginda. Beras itu akan diberikan kepada Raja Siam. Baginda meminta agar Light dapat menetapkan jumlah beras yang boleh dibeli supaya baginda boleh mengambilnya dan dihantar ke Salang sebagai menurut perintah Raja Siam. Sekiranya Light tidak dapat membelikan beras, maka duit jualan timah itu hendaklah diserahkan kepada Setia Raja supaya boleh beliau belikan beras itu di tempat lain pula. Berkaitan dengan hutang Syeikh Mia pula, Light diminta untuk menyelesaikan hutang dan membayarnya kepada Setia Raja. Surat ini ditulis pada 22 Rabiul Awal, hari Rabu.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light stated that the Sultan had given tin to his grandson Cik Long, son of Tengku Awi to be sent to Light. The Sultan asked Light to sell the tin and use the money to buy rice for his grandson. The rice would then be given to the King of Siam. The Sultan requested that Light would determine the amount of rice to be bought so that he could take it and sent it to Salang according to the orders from the King of Siam. If Light could not buy them the rice, then the money from the sale of tin, should be returned to Setia Raja so he could buy the rice from elsewhere. With regards to Syiekh Mia`s debts, Light was asked to settle the debts and pay to Setia Raja. This letter was written on 22nd Rabiul Awal, on Wednesday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services