Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter86 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
23.6 x 21.3 cm
Title:
Masalah lanun yang terlepas ke Pulau Bunting
Keywords: Beras, lanun, laut,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/9, f.3,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gur Pulau Pinang ahwal surat sahabat beta pinta perahu sepuluh lima belas haluan itu maka tengah beta suruh se hendak diberi pergi tiba2 lanun itu sudah lepas mari ke Pulau Bunting jadi gendala tiada boleh diberi berlayar se gundah hal bersiap negeri maka sudah beta suruh Sahbandar pergi periksa lanun itu katanya sudah ia pinta jalan pada sahabat beta hendak langsung ke sebelah barat inilah ia singgah hendak nyatakan pada beta serta ia bersama pada Sahbandar kata tiada hendak meminasakan segala jajahan negeri beta ini maka dipintanya beli beras barang sepuluh koyan maka beta tiada suka memawa beri maka muafakat segala menteri hulubalang diberi tiga empat ratus kerana dipintanya itu dengan kebajikan maka perintah beta menyuruh pergi bertanya orang lanun itu sudah Laksama beri surat pada Hakim Muhamad nyatakan pada sahabat beta maka pada lima haribulan hari Sabtu ini sampai Jaga2 mengik lanun itu berdan di Kuala Tebengau maka dipukul Jaga2 sampai petang maka malam itu lanun lari ke sebelah barat maka Kapitan Jaga2 mari berlabuh di kuala naik berjumpa dengan beta pinta tolong beli makanan sudah beta suruh beri maka inilah Sahbandar beta suruh pergi pada sahabat beta nyatakan segala perintah lanun itu sekarang bagaimana bicara sahabat beta perintah lanun itu pinta nyatakan mari boleh beta ketahui kerana perintah sebelah laut itu sudah dalam perintah sahabat beta pelihara beri jadi kebajikan boleh kesenangan isi negeri ini maka beta sekarang ini duduk bersiap kuala dibubuh rantai dan jojol ditunggu Jaga dan siap perahu barang yang ada ini dan beringat pada segala tempat mana boleh kita ketahui kerja orang jahat inilah beta nyatakan tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan permintaan Light iaitu 10 ke 15 buah perahu daripada Sultan Kedah. Ketika Sultan Abdullah hendak menghantar perahu itu, secara tiba-tiba lanun itu sudah terlepas ke Pulau Bunting, lalu terlewatlah pelayaran itu. Baginda telah memerintahkan Syahbandar untuk menyiasat lanun itu. Mereka berkata bahawa mereka sudah meminta izin Light untuk pergi ke sebelah barat, lalu singgah sebentar untuk menyatakan kepada Sultan Abdullah bahawa mereka bukan hendak menyerang jajahan Kedah. Mereka meminta untuk membeli 10 koyan beras. Baginda telah berbincang dengan para pembesar untuk memberi beras kepada mereka kerana mereka meminta dengan cara baik. Pada 5 haribulan, hari Sabtu, telah sampailah ?Jaga-jaga? di Kuala Tebengau dan mereka telah meyerang lanun sehingga petang. Pada sebelah malam, lanun telah lari ke sebelah barat. Kapten ?Jaga-jaga? telah berlabuh di kuala dan naik mengadap baginda untuk meminta tolong membelikan makanan. Baginda telah menyuruh Syahbandar pergi bertemu Light untuk menceritakan masalah lanun tersebut. Baginda meminta pendapat Light untuk menyelesaikan masalah lanun kerana kawasan sebelah lautan berada di bawah bidang kuasa Light. Buat masa ini, baginda telah meletakkan rantai di kuala sambil dikawal oleh ?Jaga-jaga? untuk melindungi dari serangan penjenayah.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light was about Light`s request for 10 to 15 cannoes from the Sultan of Kedah. When Sultan Abdullah was sending the canoes, the pirates got away to Pulau Bunting and that delayed the trip. The Sultan has ordered the Syahbandar to investigate the pirates. They said that they had already had the permission from Light to go the west and stopped for a while to tell Sultan Abdullah that they were not attacking Kedah and its colony. They requested to buy 10 koyan of rice. The Sultan discussed with his men and decided to just give them the rice as they had politely asked for it. On the fifth, on Saturday, the `Jaga-jaga` arrived in Kuala Tebengau and attacked the pirates till late in the evening. At night, the pirates escaped to the west. The captain of the `Jaga-jaga` anchored at the river mouth and went to see the Sultan to ask him to buy food. The Sultan asked the Syahbandar to see Light and relate the matter to him. The Sultan asked for Light`s opinion on how to settle the matter as the sea was under his charge. For the time being, the Sultan ordered to put chains around the river mouth and guarded by the `Jaga-jaga` to protect them from being attacked by the pirates.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services