Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter85 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
21 x 21.4 cm
Title:
Light meminta beras dan papan cina, dan kebenaran jual ayam, itik, ubi dan pisang di Pulau Pinang
Keywords: Beras, papan, ribut, 24 Syaaban,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.110,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang dan tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal adalah surat sahabat beta beri mari nyatakan kapal banyak mari ke Pulau Pinang sahabat beta kehendaki beras lima puluh koyan maka di dalam beta suruh kutip beli himpun jadi pun lambat gendala dengan sebab ujan ribut maka inilah budak beta nama Panjang Acheh beta suruh bawa pergi beras tengah empat koyan minta sahabat beta terima ambil beri mari surat sahabat beta tanda sampai beras itu maka akan papan cina dalam beta suruh kerjakan barang yang boleh beta suruh hantar pergi dari belakang kerana cina gaji papan itu tiada banyak ada dua orang sahaja mengeraja gaji papan dalam Kedah pun banyak jadi belanja papan itulah jadi lambat sedikit maka akan orang2 hendak bawa ayam itik dan ubi pisang hendak pergi jual ke Pulau Pinang itu tiada beta tegah larang sekadar hendak bawa beras banyak2 itulah beta suruh tahan hingga secukup bekalnya beta suruh lepas kerana beta suruh kutip beli beras itu himpun hendak hantar akan sahabat beta juga ahwal itulah beta nyatakan sahabat beta perbuat surat empat likur hari Saaban hari Isnin tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan permintaan 50 koyan beras daripada Light kerana banyak kapal yang masuk ke Pulau Pinang. Sultan Abdullah telah mengarahkan untuk mengumpulkan beras tersebut tetapi menjadi lewat kerana masalah hujan dan ribut. Baginda telah mengarahkan Panjang Acheh untuk membawa 3 setengah koyan beras terlebih dahulu dan meminta Light menghantar surat sebagai tanda telah terima beras tersebut. Berkenaan permintaan terhadap papan cina, ia menjadi lewat kerana hanya ada 2 orang sahaja pekerja yang menggergaji papan. Baginda juga tidak melarang seseorang yang membawa ayam, itik, ubi dan pisang untuk pergi menjual di Pulau Pinang kecuali orang yang membawa beras yang banyak. Orang ini perlu ditahan kerana beras itu perlu dikumpulkan untuk dijual kepada Light. Surat ini telah ditulis pada 24 Syaaban, hari Isnin.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light was about Light`s request for 50 koyan of rice because many ships were entering Pulau Pinang. Sultan Abdullah ordered for his people to gather the rice, but it was delayed due to the rain and storm. The Sultan ordered Panjang Acheh to bring three and a half koyan of rice first and send a letter as a sign to show that he had received. Regarding the request for the `Chinese` planks, it would also be late because there were only two workers sawing the planks. The Sultan did not stop people from bringing chickens, ducks, potatoes and bananas to trade in Pulau Pinang, except those who brought a large amount of rice. These people should be detained because rice should be collected and sold to Light. This letter was written on 24th Syaaban, on Monday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services