Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter84 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
15.4 x 21.9 cm
Title:
Berkenaan hutang Seri Maharaja Dewa dan harga opium
Keywords: Dagangan, hasil, opiun, 19 Rejab,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.109,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang adalah surat sahabat beta beri mari pada beta tersebut dalamnya perintah hutang pada Seri Maharaja Dewa empat ribu rial ditolakkan beta jadi wasil kompeni serta harga opiun sepuluh peti itu banyak harganya tiga ribu dua ratus rial beta terimalah kedua fasal ini jadi tujuh ribu dua ratus rial maka akan perintah janji makanan orang Pulau Pinang itu sesungguhnya tiada janji diambil hasil jika sudah tentu seperti kehendak beta maka sekarang segala kira2 janji itu tiada ditentukan lagi jadilah tiada beta bicarakan di dalam itu jika sudah boleh seperti pinta beta itu tiadalah beta ubahkan janji itu akan segala dagangan dipinta Saudagar Raja pada sahabat beta itu sahabat beta berilah serta dengan surat sahabat beta nyatakan mari pada beta sepucuk dan pada Saudagar Raja sepucuk ditentukan banyak dagangan itu boleh beta ketahui serta boleh disuruh ia jual dibayar wasil harganya pada sahabat beta dengan segeranya inilah beta nyatakan buat surat sembilan belas bulan Rejab hari Arba` tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat yang diterima baginda daripada Light bagi memaklumkan tentang hutang Seri Maharaja Dewa sebanyak 4,000 rial dan harga 10 peti opium sebanyak 3,200 rial. Jumlah kedua-duanya ialah 7,200 rial yang menjadi tanggungan baginda. Baginda tidak akan mengubah janji yang telah dibuat sekiranya permintaan baginda dituruti. Berkenaan dengan barang dagangan yang diminta oleh Saudagar Raja, maka Light dikehendaki memberikannya beserta dengan surat ambilan dagangan kepada baginda dan Saudagar Raja supaya boleh dibayar hasil jualannya kepada Light. Surat ini telah disiapkan pada 19 Rejab, hari Rabu.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light was about the letter he received from Light stating about Seri Maharaja Dewa`s debt worth 4,000 reales and the price of 10 crates opium amounting to 3,200 reales. The total of 7,200 reales will be burdened by the Sultan. He would not change the promised he had made if his request was met. Regarding the merchandise requested by Saudagar Raja, Light was required to pass the merchandise together with the list to the Sultan and Saudagar Raja so they could be paid with the money made from the sales to Light. The letter was completed on 19th Rejab, Wednesday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services