Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter83 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.2 x 21.5 cm
Title:
Sultan Abdullah minta Light tidak hantar utusan mengambil beras di Kuala
Keywords: Beras, hantar, janji, 7 Ramadhan,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.108,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang bahawa akan surat sahabat beta dibawa anak beta ini Cik Awi sampailah pada beta maka adalah dikhabar anak beta ini pada beta kata sahabat beta hendak suruh Jaga2 mari terima ambil beras di Kuala Kedah ini maka perintah beras itu sudah beta beri surat pada sahabat hendak suruh pergi hantar beras itu seperti dalam surat janji sahabat beta dengan beta jika sahabat beta suruh Jaga2 itu mari terima ambil beras itu di Kuala Kedah ini jadi malulah beta pada segala dagang dan menteri pegawai beta dalam negeri ini kerana sudah janji beta dengan sahabat beta hendak suruh hantar maka beta pintalah pada sahabat beta perintah beras itu janganlah sahabat beta susah suruh mari terima ambil beras itu boleh beta suruh hantar jika tiada sampai seperti janji beta itu jadi salahlah beta pada sahabat beta maka itulah beta nyatakan sahabat beta perbuat surat pada hari Sabtu tujuh haribulan Ramadhan tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan penerimaan surat Light yang dibawa oleh anakanda baginda iaitu Cik Awi. Menurut Cik Awi, Light telah meminta ?Jaga-jaga? untuk mengambil beras di Kuala Kedah. Namun demikian, baginda sudah menghantar surat kepada Light bagi memaklumkan bahawa baginda sudah meminta agar beras itu dihantar ke Pulau Pinang sepertimana yang dijanjikan. Sekiranya Light mengarahkan ?Jaga-jaga? datang mengambil beras di Kuala Kedah, baginda akan berasa malu kepada para pedagang dan menteri di Kedah kerana sudah berjanji untuk menghantar beras ke Pulau Pinang. Justeru, baginda meminta agar Light tidak perlu menghantar utusan untuk datang mengambil beras dan ia akan dihantar seperti yang dijanjikan. Surat ini ditulis pada hari Sabtu, 7 Ramadhan.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light stated the receiving of Light`s letter which was brought by the Sultan`s son Cik Awi. According to Cik Awi, Light asked for his men to take the rice in Kuala Kedah. However Sultan Abdullah sent a letter to Light informing him that the Sultan will send the rice to Pulau Pinang as promised. If Light ordered his men to come and get the rice in Kuala Kedah, he felt ashamed to the traders and ministers in Kedah and promised to send rice to Pulau Pinang. Therefore the Sultan ordered Light not to send the messenger to get the rice as it would be sent as promised. This letter was written on Saturday, 7th Ramadhan.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services