Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter82 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
13.3 x 21.2 cm
Title:
Light tidak dapat mengadap Sultan Abdullah kerana keadaan tidak mengizinkan
Keywords: Berjumpa, khabar, susah, 18 Zulhijah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.107,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Qultu Barang tahu sahabat beta Gurnador Kapitan Light Dewa Raja ahwal akan surat daripada sahabat beta ini sampailah pada beta serta air mawar dulapan kaca sudah sampai pada beta terima ambil dengan suka hati maka pada hal bicara hendak pergi mengambil khabar daripada awak itu maka itulah beta beri pergi surat pada anak beta itu Cik Awia suruh muafakat dengan sahabat beta jika jadi kebajikan serta tiada apa penyuruh sahabat beta itu boleh sahabat beta suruh sekarang ini tersebut di dalam surat sahabat beta kalau2 jadi dipegang penyuruh sahabat beta maka kita berhentilah dahulu maka sahabat beta sangat kehendak hendak berjumpa dengan beta barang seketika maka kata sahabat beta tengah susah tiada boleh tinggal maka berhentilah dahulu apabila lega sedikit daripada segala dagang itu mudah mudahan sahabat beta ajak anak beta itu Cik Awia mari barang seketika boleh pulang segera ahwal itulah beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat pada hari Khamis dulapan belas haribulan Zulhijah tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Kapten Francis Light Dewa Raja berkenaan penerimaan surat yang dihantar Light beserta air mawar 8 kaca. Baginda telah pun memberi surat kepada anakanda baginda iaitu Cik Awi untuk berbincang dengan Light. Light juga ingin bertemu Sultan Abdullah, tetapi menurutnya bahawa keadaan tidak mengizinkan untuk dia meninggalkan Pulau Pinang. Justeru, baginda menyatakan bahawa sekiranya keadaan sudah kembali tenang daripada kesibukan menguruskan pedagang, maka bolehlah Light datang mengadap bersama anakanda baginda iaitu Cik Awi. Surat ini ditulis pada hari Khamis, 18 Zulhijah.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Captain Francis Light Dewa Raja was about the receiving of the letter sent by Light with 8 glasses of rose water. The Sultan gave the letter to his son, Cik Awi to discuss with Light. Light also wanted to see Sultan Abdullah but the situation wasn`t permissible for him to leave Pulau Pinang. So the Sultan said that when everything was back to normal, Light could come back to meet the Sultan with his son Cik Awi. This letter was written on Thursday, 18th Zulhijah.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services