Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter81 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.6 x 21 cm
Title:
Penghantaran beras setiap bulan kepada Light dan amaran kepada supai
Keywords: Beras, hantar, supai, 9 Ramadhan,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.105,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang ahwal itulah beras makanan teman2 sahabat beta2 suruh cucu beta itu Long pergi hantar pada sahabat beta turut seperti janji beta dengan sahabat beta pada sebulan tiga koyan sukatan gantang pada segantang lima kati dengan kati empat likur rial maka beta pinta janganlah sahabat beta susah suruh Jaga2 mari terima ambil di Kuala Kedah ini jadi malulah beta pada segala orang dagang dan menteri pegawai beta seperti tersebut dalam surat beta beri pergi dahulu itu akan harga beras itu sahabat beta serahkan pada cucu beta itu sebermula akan cucu beta itu tiada ia ketahui adat perintah orang putih itulah beta pinta pada sahabat beta nyatakan pada segala panglima supai itu jangan dipegang segala supai2 buat huru hara di jalan supaya mudah beta suruh pergi pada sahabat beta pada kemudian harinya maka itulah dinyatakan pada sahabat beta perbuat surat pada sembilan haribulan Ramadhan hari Isnin tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light tentang penghantaran beras kepada Light sepertimana yang dijanjikan iaitu setiap bulan sebanyak 3 koyan 1 gantang 5 kati bernilai 24 rial. Baginda meminta agar Francis Light tidak menyuruh ?Jaga-jaga? untuk datang mengambilnya di Kuala Kedah kerana ini akan memalukan baginda di mata pedagang dan pegawai baginda. Harga bayaran beras itu hendaklah diserahkan kepada cucunda baginda. Baginda juga meminta disampaikan kepada panglima supai itu supaya supai tidak membuat masalah di jalan. Surat ini telah ditulis pada 9 Ramadhan, hari Isnin.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light was about the shipment of rice to Light, as had been promised that was 3 koyan 1 gantang 5 kati amounting to 24 reales every month. The Sultan asked Light not to send his men to collect the rice in Kuala Kedah as that would embarrass the Sultan in the eyes of the traders and his men. The payment for the rice should be made to his grandson. The Sultan asked to inform the supai, so they would not get them into trouble on the road. This letter was written on 9th Ramadhan, Monday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services