Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter80 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
21 x 20.4 cm
Title:
Sultan Abdullah menerima meriam kecil, kertas dan opium
Keywords: Keris, meriam, perahu, 7 Jamadil Akhir,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.104,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang dan tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gunador Pulau Pinang maka adalah surat sahabat beta beri mari pada anak beta itu Cik Awi sudahlah sampai kepada beta telah sudah beta faham segala tersebut di dalam surat sahabat beta itu dan akan segala pesan sahabat beta itu pun sudah disampaikan oleh anak beta itu seperti keris dan gebala lembu dan perahu lagikan beta cahari beri pergi akan sahabat beta maka akan tera tiga macam sahabat beta beri mari itu beta hendak bicara dahulu barangkali jadi guna beta beri pergi orang terima ambil mari dan akan meriam besyi kecil dua pucuk dan kertas sedikit sahabat beta beri akan beta itu pun sudah sampai kepada beta maka akan opiun dua puluh peti beta minta beli sudah sahabat beta beri maka tiada muat perahu tinggal enam peti kepada sahabat beta yang empat belas peti itu sudah sampai kepada beta maka inilah beta suruh Ngah Penghulu Jamal bawa surat sahabat beta fasal opiun enam peti itu pergi dapatkan sahabat beta minta sahabat beta suruh serahkan opiun enam peti itu pada Ngah ini itulah beta nyatakan pada sahabat beta tamat [koyak] tujuh haribulan Jamadil Akhir hari Selasa tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan tentang penerimaan surat daripada Light yang dihantar melalui anakanda baginda iaitu Cik Awi. Terdapat pesanan di dalamnya yang meminta keris, pengembala lembu dan perahu dan ia akan dihantar kepada Light. Baginda juga akan berbincang terlebih dahulu berkenaan penggunaan tera dan baginda juga memaklumkan penerimaan 2 pucuk meriam besi kecil dan kertas. Berkenaan dengan belian 20 peti opium daripada Light, kesemuanya sudah diberi tetapi terdapat 6 peti yang tidak muat untuk dibawa menaiki perahu. Bakinya sebanyak 14 peti opium telah selamat sampai. Justeru, baginda menitahkan Ngah Penghulu Jamal untuk membawa surat Light bagi mendapatkan 6 peti opium lagi dan mengarahkan Light menyerahkannya kepada Ngah Penghulu Jamal. Surat ini siap ditulis pada 7 Jamadil Akhir, hari Selasa.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light stated that Light had received the letter sent to him through the Sultan`s son Cik Awi. In it were requests for a kris, shepherd and canoe to be sent to Light. The Sultan also informed that he would discuss the use of `tera` first. He also informed that he had received 2 small cannons and paper. It was also stated about buying the 20 crates of opium from Light which he had received all but 6 crates could not go into the canoe. The balance 14 crates of opium were successfully brought to him. So the Sultan ordered Ngah Penghulu Jamal to bring the letter to Light to get the 6 crates of opium which will be sent through Ngah Penghulu Jamal. The letter was written on 7th Jamadil Akhir, on Tuesday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services