Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter78 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
12.2 x 22 cm
Title:
Perintah melarang menjual orang Patani melainkan Sultan Abdullah benarkan
Keywords: Laut, Patani, tiada dibenar, 17 Rejab,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.96,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqq Surat kasih sayang beta kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang adalah perintah orang Patani yang masuk mari ke negeri beta ini maka sudah beta muafakat dengan menteri pegawai tiada dibenar jual jadikan hamba dalam ini jika ada orang bawa Patani sebelah laut jika tiada dengan surat beta maka sahabat beta ambil jadikan rakyat di Pulau Pinang itu jika ada membawa surat anak raja raja dan surat menteri hulubalang beta pun janganlah sahabat beta pakai kerana sudah janjinya kesemuanya demikian itu inilah dinyatakan buat surat tujuh belas bulan Rejab tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan kemasukan orang Patani ke Kedah. Selepas baginda berbincang dengan para pembesar, mereka bersetuju bahawa orang Patani tidak dibenarkan dijual dan dijadikan hamba. Sekiranya terdapat seseorang yang membawa orang Patani melalui laut tanpa persetujuan baginda, maka Light boleh mengambilnya untuk dijadikan rakyat di Pulau Pinang. Sekiranya mereka membawa surat kebenaran daripada anak raja-raja, menteri atau hulubalang dari Kedah, ia juga masih tidak dibenarkan kerana ia mestilah hanya dengan kebenaran baginda. Surat ini ditulis pada 17 Rejab.


Summary:

This letter from Sultan Abdullah to Francis Light was about the entry of the people of Patani to Kedah. After discussing with his ministers, they have agreed that the people from Patani could not be sold or turned into slaves. If anyone were to escape through the sea, Light can take them to be the people of Pulau Pinang. Even if they came in with letters of approval by the sons of the royal family or the commanders of Kedah, their entry would still not be accepted as they could only do that with the Sultan`s approval. This letter was written on 17th Rejab.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services