Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter75 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
12.8 x 21.2 cm
Title:
Sultan Abdullah arah dipulangkan rakyat Perai yang lari ke Pulau Pinang
Keywords: Bersembunyi, damar, rotan, 14 Jamadil Awal,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.49,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Qawluhu al-Haqq Surat kasih beta pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang beta nyatakan adalah beta jadikan Raja Jalil Muda dan Maharaja Setia memerintahkan suruh buat tempat di Kuala Perai itu boleh tempat taruh rotan dan damar batu dan jerenang dan barang2 boleh ramai tempat itu maka rakyat mengerjakan itu rakyat Perai itulah inilah beta nyatakan tatkala Raja Jalil Muda bekerja dikerah rakyat itu kalau lari pergi bersembunyi diri melepaskan daripada kerja itu di Pulau Pinang pinta sahabat beta ambil beri akan Raja Jalil Muda boleh dikerjanya sudahkan segera demikian lagi barang yang kekurangan Raja Jalil Muda itu atas kadarnya pinta sahabat beta tolong beri boleh beta ganti itulah beta nyatakan buat surat empat belas bulan Jamadil Awal tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa Raja Jalil Muda dan Maharaja Setia telah diperintahkan oleh baginda untuk menyuruh rakyat Perai membuat tempat menyimpan rotan, damar dan barang-barang di Kuala Perai. Sekiranya rakyat lari bersembunyi ataupun melarikan diri ke Pulau Pinang, Light diminta menghantarnya semula kepada Raja Jalil Muda. Sekiranya Raja Jalil Muda menghadapi masalah kekurangan barang-barang, diminta kepada Light untuk membantunya dan akan diganti semula kemudiannya oleh Sultan Abdullah. Surat ini ditulis pada 14 Jamadil Awal.


Summary:

The letter from Sultan Abdullah to Francis Light was to inform about Raja Jalil Muda and Maharaja Setia were ordered by the Sultan to then order the people of Perai to set up a place to store rattan, resin and other goods in Kuala Perai. Should the people try to escape and hide, Light was asked to return them to Raja Jalil Muda. If Raja Jalil Muda faced insufficiency of equipment, Light was expected to help and will be replaced later by Sultan Abdullah. The letter was written on 14th Jamadil Awal.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services