Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter73 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
15.5 x 20.6 cm
Title:
Sultan Abdullah ingin beli 100 tong ubat bedil
Keywords: Kapal, tong, ubat bedil, 18 Zulhijah,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/8, f.42,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang maka adalah tersebut dalam surat sahabat beta beri mari dahulu itu kata ubat bedil dibawa orang kapal harganya pada suatu tong dulapan rial padahal ubat bedil yang baik itu beta kehendakilah inilah beta minta sahabat betalah lihat ubat bedil itu jika sudah baik dengan harga serupa sedikit beta minta sahabat beta ambil ubat bedil itu barang seratus tong sahabat beta serah beri mari pada cucu beta itu Cik Long maka akan harganya itu kemudianlah beta kira selesaikan ahwal itulah beta nyatakan kepada sahabat beta perbuat surat pada dulapan belas haribulan Zulhijah hari Isnin tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light berkenaan surat Light terdahulu yang menyatakan bahawa harga ubat bedil satu tong ialah 8 rial. Baginda memohon agar dibelikan ubat bedil yang elok. Baginda juga meminta untuk memberikan harga yang murah dan meminta dibelikan 100 tong ubat bedil dan diserahkan kepada cucunda baginda iaitu Cik Long. Harganya akan dibayar kemudian. Surat ini telah ditulis pada 18 Zulhijah, hari Isnin.


Summary:

Sultan Abdullah`s letter to Francis Light was about Light`s letter earlier that stated the price of one barrel of cannon balls was 8 reales. The Sultan requested to buy good cannaon balls. The Sultan asked for a cheaper price and for 100 barrels of cannon balls to be given to his grandson, Cik Long. The payment would be made later. This letter was written on 18th Zulhijah, Monday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services