Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter32 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
16 x 22.1 cm
Title:
Permohonan pembelian pelbagai jenis kain
Keywords: Cahari, kain, 30 Jamadil Akhir,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.42,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas kasih berkasihan mahabat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador di Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 kemudian dari itu ahwal adalah beta hendak berguna kain serba jenis barang dua ribu rial itulah beta beri pergi daftar jenis kain yang hendak berguna itu pinta dengan penolong sahabat beta cahari serah beri pada Saudagar Mirangkandu dan Setia Raja dengan segeranya akan harganya itu boleh beta beri pergi pada sahabat beta diperbuat surat pada tiga puluh hari timbul bulan Jamadil Akhir hari Selasa tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light memaklumkan bahawa baginda ingin mememerlukan pelbagai jenis kain bernilai 2,000 rial. Baginda memohon agar kain itu dapat diserahkan kepada Saudagar Mirangkandu dan Setia Raja dengan segera. Duit bayarannya akan dibayar kemudian. Surat ini telah ditulis pada 30 Jamadil Akhir, hari Selasa.


Summary:

Letter to Francis Light from Sultan Abdullah said that he needed all kind of fabrics worth 2,000 reales. He requested those fabrics to be delivered to Saudagar Mirangkandu and Setia Raja as soon as possible. The payment would be made later. This letter was written on 30th Jamadil Akhir, Tuesday.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services