Details
  • My Favorites
 
VOP Code: Letter30 Print click here
Category:
Malay Manuscript
Size:
18.4 x 20.5 cm
Title:
Maklumat serangan ke atas Siam dan pencarian orang Kemboja
Keywords: Kapal Inggeris, Siam, Kemoja, 28 Jamadil Akhir,
Manuscript No.: SOAS MS 40320/7, f.40,
Year:
1785 - 1794
Source: Archives and Special Collections SOAS Library
- http://www.soas.ac.uk/library/archives/contact/
Copyright Information:

Transliteration:

Al-Mustahaqqah Surat tulus ikhlas berkasih kasihan mahabat yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta datang kepada sahabat beta Gurnador di Pulau Pinang yang arif bijaksana pada pihak mengasihi sahabat handainya masyhur disebut orang ahwal ada surat sahabat beta beri mari dibawa Kapitan Cina itu sampailah pada beta tersebut di dalamnya khabar benua Siam dilanggar (ba-ra-alif-mim) dan (kaf-wau-ca-nun) sahabat beta nyatakan mari itu sebaik2 kerajalah boleh beta ketahui jika ada lagi khabar dari sebelah Siam itu boleh sahabat beta nyatakan mari kerana pada sahabat beta itu tiada berhenti kapal Inggeris pergi datang ke Siam maka akan surat sahabat beta beri akan anak beta itu Raden Muhamad fasal budak jenis orang Kemoja itu maka sudah beta beri surat akan panglima2 di dalam Perai cahari hantar mari boleh beta suruh anak beta Raden Muhamad hantar pada sahabat beta di dalam sepuluh lima belas hari ini beta hendak beri pergi anak beta itu sendiri ke Perai dan Kerian boleh dicaharinya beri akan sahabat beta serta menentukan segala perintah dengan sahabat beta inilah beta nyatakan diperbuat surat delapan likur bulan Jamadil Akhir tamat


Malay Description:

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light menyatakan bahawa baginda telah menerima surat yang dibawa oleh Kapten Cina berkaitan maklumat serangan ke atas Siam. Sultan Abdullah amat mengharapkan agar berita berkaitan Siam yang didapati melalui kapal Inggeris dapat disampaikan kepada baginda. Berkaitan surat daripada Francis Light yang diberi melalui Raden Muhamad tentang budak Kemboja itu, Sultan Abdullah sudah menghantar surat kepada panglima-panglima di Perai untuk mencari mereka bersama-sama anakandanya iaitu Raden Muhamad. Surat ini telah ditulis pada 28 Jamadil Akhir.


Summary:

Letter from Sultan Abdullah to Francis Light said that he had received a letter brought by the Chinese Captain related to the attacks information on Siam. Sultan Abdullah really hoped that Siam related news which could be obtained through the British ship would be delivered to him. In relation to the letter from Light regarding the Cambodian slave, Sultan Abdullah had sent a letter to the commanders in Perai to find them. This letter was written on 28th Jamadil Akhir.

 
Terms and Conditions
 
Copyright © 2010 Visions of Penang archives online.
All rights reserved.
Hit Counter: powered by IS Eleven Services